Jul 28, 2011

Jahatnya orang itu..

SubhanAllah. Astagfirullah. Mengucap panjang aku tengok berita semalam. Ala berita tentang lelaki yang menganiaya kucing tu. Tak berhati perut langsung. Aku rasa tak kira la apa jua agama yang dia anuti semuanya melarang berbuat jahat pada manusia, binatang mahupun tumbuhan. Eiii jahat-jahat memang tak boleh diterima apa yang dia buat.

Masa Tv tunjuk video tu memang aku tak sanggup tengokla. Kesian sangat. Teringat comel, yoyen , and kera kat rumah. Mana boleh sakitkan diaekor. Kan3.

Rasa macam nak sepak-sepak je dia. Kesian kucing-kucing itu. Tiga ekor dia pijak, then pembunuh tu ialah seorang perempuan. Wah sadis betul. Dalam metro online cakap, perempuan yang buat semua ni sakit otak sebab effect maka bapak dia bercerai. So mental terganggu.
Mahkamah just denda RM400. La untuk 3 nyawa kena bayar 400 ratus je? Geram pulak rasanya.


Jul 27, 2011

Owh Ujrah owh PTPTN


Dengan semangat berkobar-kobarnya aku baca email dari PTPTN tadi. Tahniah untuk aku  sebab aku berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari 3% ke 1% untuk program pengajian Diploma n Ijazah aku.

Tuan / Puan, 
Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian.
NAMA INSTITUSI: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KAMPUS SHAH ALAM, SELANGOR)
PERINGKAT PENGAJIAN: IJAZAH PERTAMA SEPENUH MASA
NAMA KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN ISLAM)
Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:-
No KP: 851113....
Kata Laluan : 
Sekian terima kasih. 

Tuan / Puan,
Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian.
NAMA INSTITUSI: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KAMPUS JENGKA, PAHANG)
PERINGKAT PENGAJIAN: DIPLOMA SEPENUH MASA
NAMA KURSUS: DIPLOMA PENGURUSAN BANK

Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke 
www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:-
No KP: 851113
Kata Laluan :
Sekian terima kasih

Korang camne? Dah dapat?


Halal Ke?

Mari menaip entry untuk hari ni sebelum emosi aku tercalar. Eh bukan dah tercalar ke? Dari dulu lagi. ah lupakan. Aku masih stabil tapi going to explode la. Kenapakah? Aku takda jawapan tepat, samar-samar je muncul kat benak otak aku ni. Demotivated kerja ni dollah. Aku bebosanan lak hari-hari macam ni. Tak da improvement langsung.

Tadi masa breakfast dengan bebudak tempat kerja aku sempat tercurik dengar perbualan makcik kantin dengan seorang pompuan yang letak flayers kat kaunter mak cik kantin tuh. dia jual produk kesihatan rasanya. Sebab aku pandang pun sekali imbas je. bukan sengaja nak dengar okeh tapi terdengar plak. Dialog lebih kurang macam kat bawah ni; (PI – Perempuan Itu, MCK – MakCik Kantin)
PA: kak nak tumpang tanya la ye, akak ada buat tuntutan kat persatuan pengguna tak masa ‘perarakkan aritu’ (sila baca BERSIH)?

MCK: eh kenapa nak buat tuntutan pulak? Tak ada kena mengena dengan gerai akak pun, lagipun tak elok la nak dapat duit dengan cara camtu.
PA: gulp..telan air liur..terdiam dan muka cover tak boleh blah..
MCK: (makcik tu tambah lagi) lagipun polis yang tak bagi bukak gerai berniaga bukan diaorang tu (ahli-ahli BERSIH)
PA: cepat-cepat tukar topic tanya soalan lain yang aku tak dengar pun

Aku terfikir la kan, kalau time BERSIH ni akak ni memang nak amik kesempatan macamana sumber rezeki and cara dia menjalankan perniagaan dia ha? Aishh heran-heran tak takut ke TAK HALAL?

Luahan ibu mengandung kali pertama

Luahan ibu mengandung kali pertama

Salam. Pagi isnin bukan nak melampiaskan kemarahan kat semua orang Cuma nak share kesakitan mata dan hati bila diri yang tak berdaya ini dianiyai..arhh pasrah. Kih3. Ayat intro tak boleh blah nak minta simpati. Apa yang aku ceritakan kali ni sebenarnya dah banyak kali sangat berlaku kat aku. tak kira pagi-pagi waktu nak g kerja or balik kerja. Sama je. Macam semua dah taw, aku si owner blog ni tengah mengandung anak pertama. Kandungan sekarang mencecah 34 minggu atau dlm erti kata lain 8 bulan 2 minggu mengendong bayi dalam perut.

Siapa-siapa kat luar tu yang tak pernah mengandung dan tak mungkin mengandung – lelaki of cos – percayalah yang mengandung ni betul-betul memerlukan kekuatan yang banyak. Diulangi BANYAK. Kenapa banyak? Ada peringkat dimana di awal kehamilan si ibu mengalami alahan yang teruk.  Asyik-asyik muntah, tak lalu muntah, tak dapat berjalan dan sampai masuk hospital. Ada yang menanggung penyakit baru seperti diabetes dan darah tinggi. Ada yang selalu kena jumpa doctor, check darah, dan macam-macam ujian lagi. dan bila dah semakin hampir dengan hari yang dinanti-nantikan macam-macam kesakitan yang perlu ditanggung.

Macam aku sekarang ni; sakit pinggang, pinggul, bengkak peha, celah kangkang, perut keras-keras. Semua sekaligus datang. Bila malam tak boleh tidur dengan nyenyak. Haishh baru tahu seksanya mengandung dan bertambah derita bila anak tak mengenang jasa. Aku doa sangat anak aku jadi anak yang soleh/solehah. Amin.

Ok kenapa aku membebel panjang-panjang? Sampai last paragraph baru nak cerita main point is aku tak puas hati dengan pengguna LRT yang sihat segar bugar yang tak bagi aku duduk.  Even lelaki. Ada yang duduk, baca buku then pandang aku kemudian buat tak tahu. Kurang hajar. I hate you all. Kan aku dah emo. Hahahahha ok tak semua tak bagi tapi banyak kali jugak la merasa kaki kejang and sakit pinggang.

* entry ni sebenarnya dah hampir siap n tggu nak post on Monday..tetiba Malware kaco so harini baru post. sekian. 

Jul 22, 2011

Beribu sesalan dalam kehidupan

Salam Jumaat.
Wah dah jumaat. Alhamdulillah masa bergerak cepat. Syukur aku dan keluarga masih bernafas. Alhamdulillah. Ok semangat dari dalam tren tadi. Nak postkan jugak apa yang tertangguh before dia. Mood lari pulak dari semalam. Sampai office terus mencurah idea.
Malam tadi excited nak tengok Annissa. Drama bersiri kat TV3 tu. Rasanya ramai gak yang tengok kot. Aku and suami memang minat drama tu, memula dulu memang tak berapa suka sebab si *Shila tu seksi sangat. menyampah. Huhuuh last-last sangkut gak sebab jalan cerita agak menarik.
Aku rasa drama bersiri sekarang dah improve sket kot jalan cerita. Nilai tu ada so aku follow la gak sebab aku bukan senang nak jatuh cinta dengan drama melayu ni. Ending pon not bad la semalam.
Moral of the story cite Annissa yang aku conclude sendiri:
1.       Kalau kau amik orang punya satu hari nanti orang akan amik kau punya pulak.

-          Macam cerita ni episode semalam dalam flashback dia, Balqis and Farid dah bercinta since secondary school then terus sampai U, tapi Anna macam try nak ngorat Farid tanpa pengetahuan Balqis. Yang perasan perubahan tu just Sarah. So fair la bila Balqis jadi madu Anna. Sebab Anna yang main kotor dulu. :P

2.       Sahabat sejati akan kekal disisi

-          Kalau perasan dulu Anna ni punyalah anti dengan Sarah, siap g serang masa dia syak Sarah ni jadi madu dia. Punya la tak sayang kawan sanggup hina Sarah. Last-last siapa yang paling setia and sentiasa ada di sisi bila semua kawan mengkhianati.

3.       Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tupai jatuh jugak.

-          Kesian Shila jadi gila meroyan. Balasan atas apa yang dia lakukan kat semua orang. Nasib la mangsa-mangsa dia tak bunuh dia. But if dia mati tragik jugak kan? So buat jahat berpada-pada la.

4.       Kalau dah buat salah cepat-cepatlah bertaubat.

-          Cepat-cepat la buat pengakuan bila apa yang kita buat sah-sah salah and akan terbongkar and tak dapat elak. Cuma pengakuan tu cepat atau lambat je. Benda yang baik haruslah disegerakan kan? Kalau tak sempat menyesal.

5.       Jangan tipu/lukai hati isteri/perempuan

-          Buruk padahnya kalau melukai hati wanita. Rasanya sekali dilukai memang payah nak diubati. Luka dah tak da tapi parut tu yang buat wanita berdendam. Bukan senang nak terima kecurangan bila kepercayaan dah hilang.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh di conclude. Cuma cukup la banyak tu aku membebel. Korang pun boleh fikir sendiri. yang baik dijadikan teladan. Cuma terfikir gak bila hal-hal yang aku bebel kena kat batang hidung sendiri macamana la tindakan aku agaknya.nauzubillah.  Harap-harap aku berfikiran matang.

Jul 18, 2011

33 minggu didalam perut..

Harini genap minggu ke 33 kandungan. Tahu apa terjadi sabtu lepas. Peha kanan seakan membengkak berlaga dengan perut yang besar ni. Saya tak boleh tidur, duduk, jalan dengan sempurna. Sangat sakit okeh. Sekarang baru tahu perasaan mak mengandungkan saya 26 tahun yang lepas. Gementar semua ada. First time mengandung jadi saya tak tah apa nak buat. If nak bersalin macamana keadaannya. Dalam setengah jam jugak menahan sakit kat pangakal Rahim macam biasa berlaku semasa PMS, telefon mak di kampung dan minta nasihat. Oleh sebab dah nak masuk ke 9 bulan so kena berhati-hati. Possibility nak melahirkan baby tu ada dah. Bertambah cuak tapi buat cool je.
Tak nak burukkan keadaan try relaxkan diri. Baring dan luruskan kaki. Alhamdulillah dalam 5 minit pastu sakit tak ada dah. Bersyukur sangat-sangat belum lag ink bersalin. Balik ni plan nak lipat baju-baju baby packing siap-siap. Risau jugak.
Dalam sakit-sakit sempat lagi bermasam muka dengan encik suami. Dia kata tak akan nak bersalin dah, kawan dia pun belum padahal kandungan lagi tua dari saya. Haishh geramnya. Boleh tak jangan cakap camtuh. Lain orang lain la caranya. Tengah skait emosi memang teruk so saya marah semula. Aiyak. Pas tak sakit terus ajak cari barang-barang baby yang kurang.
Now still berjaga-jaga. Bawak kad merah dimana-mana saja.

Isnin dan Internet yang sengal

Jumaat lepas aku tak sempat nak blokwalking, join contest etc. Aku amik half day sebab keadaan kesihatan yang tak mngizinkan. Kecewa gak sebab sabtu ahad blog tak akan aku sentuh. Masa privacy ku bersama keluarga dan yang tersayang la. Masuk isnin ke office dengan semangat nak check and berbalas kunjungan blog gagal. Sebab internet cam siput. Laju lagi siput kot. Frust menunggu babe so aku decide later baru nk ziarah la.
Thanks kepada semua yang follow blog ni. Harap sudi-sudi jengok lagi pasni. Bukan masa follow je yer baca entry. Hihihiih. Seronok dah ramai gak follow blog ni. Akan ku curi masa melawat blog2 anda nanti.
Dan aku masih geram sebab internet ni. Arghhhhhhh

Jul 14, 2011

"GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret"


KENAPA KENA JOIN? SBB HADIAH LA:

HADIAH - HADIAH UTAMA :
Tempat Pertama - RM 50
Tempat Kedua - RM 30
Tempat Ketiga - RM 20


HADIAH SAGUHATI :
5 Orang akan Mendapat Wang Berjumlah RM 10 seorang.


Tarikh Tutup Penyertaan :
30 JULAI 2011

SIAPA SAYA NAK TAG?
Semua rakan blogger saya ni..yessss

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER


jom join - sila kelik cni-


Perghh muntah join segment-segment blogger lain buat tapi tetap excited nak join. Sebab? Saja nak tambah rakan blogger. Sementara bersemangat waja ni so aku pun menjerumuskan diri la.
Segmen ni ditaja oleh SKYTECH BELOG . Nak join kena menepati piawaian yang ditetapkan, dah buat baru boleh dapat cop SIRIM. Hahahhaha. So korang layan jela yer..
Nama panggilan Blogger:
Dieya
Tarikh mula berbelog:
April 2011 tapi baru jer setat aktif sket2
Rakan blogger terkini:
32 jer..jangan gelak. Kan aku kata aku baru aktif berbelog n kenai blogger lain.
Target tambah rakan blogger:
jadi 50 pon dah ok..kenalah ada target ye x? Letak ribu riban kang mcm mustahil lak.

Nak taw lebih lanjut korang kelik la link yang aku kasik tu.. kan senang.


kencing - ada ke Gunanya???

Salam semua,

Seperti biasa hari khamis aku akan mengutarakan persoalan. Tak kire aku yang tanya(teringin nak taw), kawan-kawan lalu lalang tetiba tanya atau sesiapa sajalah. Maka aku akan usahakan cari jawapan dan esok aku akan post entry jawapan la.

Benda ni bermain-main di minda bila ada yang wat lawak kat aku kate “jangan membazir, amalan syaitan”. Pastu aku gelak besar-besar; sebab aku nak g buang air. Bukan membazir la mangkuk. Hahahahha nak kencing xpe..kang batu karang lagi parah.

Dedulu aku ada terbaca yang kat China guna air kencing untuk rebus telur untuk tujuan kesihatan. Ok muntah ramai2. Tak taw la rasa macamana kan? Malas nak imagine kang hysteria pulak hahhah.

So dis time aku amik kesempatan untuk bertanya kat diri sendiri; apa kah kegunaan lain air kencing ni (ada ke guna?)..walaupun kotor tapi aku excited nak taw. Aku tinggalkan persoalan, dan esok aku akan postkan jawapan.
sengal hahahha

aKu; SeOrang KaKak & SeOrang aNak

Salam kesedihan di hari Khamis.
Entry kali ni mengenai keluhan aku sebagai seorang kakak dan juga seorang anak. Mengeluh memang tak elok, tapi aku betul-betul macam dah putus asa. Syaitan bertepuk tangan. Ya Allah dugaan memang kuat. Sebenarnya aku penat tentang adik lelaki aku. Satu-satunya adik lelaki, lelaki ke empat dalam keluarga. Selepas pemergian abah; dia berubah sekejap. Insaf sementara; menyesali kejahatan dan kenakalan dia suatu ketika dulu. Tapi sekarang dia sudah lupa perasaan insaf tu. Tanggungjawab tergalas atas bahu adik beradik yang lain. Menjaga satu sama lain.
Macam-macam rekod dah dia buat, bergaduh disekolah, jadi samseng kat kampung dan macam -macam lagi. air mata mak banyak mengalir kerana dia. Dulu arwah abah selalu tertekan dengan perangai dia. Bukan adik beradik lain tak ambil tahu. Bukan lepas tangan. Tapi masing-masing jadi serik bila adik langsung tak makan saman.
Mungkin perbezaan usia; mungkin darah muda yang menjauhkan kami dengan adik. Nasihat sekadar lalu di telinga. Bila ditegur tarik muka, marah katanya tak faham jiwa dia. Semua tak sayang dia. Akhirnya adik beradik penat. Penat nak nasihat, nak bertekak, serik, dan masing-masing ada masalah yang lebih utama. Bukan hanya dia.
Aku? aku hilang punca. Aku nak dia berubah. Aku tak nak dia menyesal suatu hari nanti. Tapi kalau aku yang beria nak paksa dia berubah dan dia enggan. Apa patut aku buat? Tolong aku!!!!!!!

Jul 11, 2011

Salam Monday Blues..

Salam Monday Blues..

Ok rasa macam betul-betul nak melepek kat lantai nak mengesot je. badan, hati, jiwa, semua penat wok. tak larat. Semalam sampai KL pukul 12.30 malam dari Pahang. Sakit badan aku. sebab lentok dalam kereta terlebih feeling la. Now baru 1.30 petang dan aku tak sabar nak keluar office. Nak balik dan berehat. Otak agak serabut harini.

Last week hidup agak kucar kacir, sepatutnya Khamis kena update entry tapi aku gagal lagi nak tunaikan janji. Kali ni sebab yang menakutkan. Aku khamis amik keputusan kerja setengah hari. Ada gangguan di tempat kerja. Department kat sebelah aku ni je ada orang kena gangguan and ada ustaz bacakan Yasin etc. Untuk keselamatan aku message manager aku mintak permission balik la. Dapat je green light terus balik rumah. Takut aku kan berbadan dua. Lebih baik mencegah dari mengubat.  

Jumaat kerja dari rumah je. Sebab officemate aku bercuti so takda sapa nak temankan aku pergi tandas aku takutla kan. Malam tu baru balik kampung ikut adik aku. kat kampung pun sama. Gangguan tetap ada. Berdoa dan berserah pada tuhan jela.

Arini badan lembik. Harap aku kuat meneruskan kehidupan.

Jul 8, 2011

Jom berblogjogging Bersama Cik POP


Salam;

okes dihari Jumaat yang indah dah penuh nikmat kawan aku yang cute ni cik aIsYah telah men tag aku supaya join segment bloggEr ni. maka jutaan terima kasih la eh tag aku..then aku pon tunaikan tanggungjawab yang diberikan.

simple je pon if nak join..yang buat kebetulan best kan sebab masa aku follow blog ni..aku jadi follower yang ke 321..wah ong punya no la..hiihih

so aku tag la sesape yang patut eh..ermm

1. mama to be :  PuaN FifiE
2. bride To be: Cik Bey
3. Mama WaFiq: iBu Wafiq

Jul 6, 2011

BanDar Pusat Jengka - Sudah tUkarkah?

Salam,
Masih segar dalam ingatan hampir 5 tahun lalu (2003-2006). Aku menghabiskan  masa selama 3 tahun berjuang mendapatkan segenggam diploma di UiTM Jengka Pahang. Banyak kenangan disana. Stay almost 3 years jadikan Jengka as my second home la. Happy sesangat bila ingat shopping barang-barang bila duit PTPTN masuk. Men shoppingkan diri kat pasaraya “Mat Sapak”. Now ganti dengan pasaraya “Bintang” kot. KFC pun dah ada kat sana rasanya.
Harga boleh la tahan sebab itu je satu-satunya pasaraya yang ada. Nak enjoy sket kena turun Kuantan kot. Tapi benda yang aku suka pasal Jengka is Pasar Malam dia la. Meriah beb.  Kat Bandar Pusat Jengka tu. Tempat bas semua berhenti, taxi. So ramai orang la, ramai pun sebab student kot, bila exam or cuti sem sunyi sepi la Bandar tu.
Tadi aku baca KosMo so ada news pasal sempena Hari peneroka nama Bandar tu ditukar namanya. Start esok semua kena panggil Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak. Nak taw detail baca la kat bawah ni.
" KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka, Pahang sebagai Bandar Tun Abdul Razak sempena dengan sambutan Hari Peneroka pada Khamis ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan majoriti penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada warga Felda yang telah berusaha dan memajukan kawasan tanah rancangan tersebut.
"Ia juga adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bahawa selain membasmi kemiskinan, Felda juga ingin mewujudkan kawasan-kawasan bandar yang sebelum ini tidak pernah difikirkan setiap orang dan ia merupakan satu manifestasi.
"Selain Bandar Pusat Jengka, kita juga sedia maklum bahawa Felda telah membangunkan beberapa bandar lain antaranya Felda Jaya Trolak, Perak; Felda Jaya Mempaga, Bentong, Pahang; Felda Jaya Raja Alias, Negeri Sembilan dan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
"Ini membuktikan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak menjadikan kawasan pedalaman menjadi bandar melalui Felda, semakin memperlihatkan kemajuannya," kata beliau di lobi Parlimen semalam.
Berhubung dengan sambutan Hari Peneroka yang bertemakan Melestari Kesejahteraan Peneroka, Ahmad berkata, majlis itu dijangka dihadiri seramai 12,000 hingga 15,000 orang peneroka. - Bernama"
 

Jom join Bloglist KECHIK ITU COMEL

comei tuan punya blog ni

Wee.. salam semua,
pepagi Rabu bukak dashboard nampak ada blogger join benda alah ni . simple je just wat entry nape nak join and letak banner tuan empunya blog and kena bagi reason la sesikit nape nak join la kan. So basicnya sebab nak join adalah; nak kenal lagi blogger2 lain. Aku ni baru je aktif menulis. Berbelog pon sebab nak taw pe pemikiran orang kat luar sana tu, and taw isu-isu semasa. Paling penting suka apa yang owner dia cakap ‘kecil itu comel’..yess tersangatlah setuju. Hiihih
Kebetulan juga..sebelum aku guna ‘tiada yang sempurna’ aku ada guna ‘jemariku berdansa’ untuk header blog aku dedulu. owner ni guna http dia pasal jari jemari jugak, So macam ada chemistry la gak kan..chewah perasan. Hahahha..
So sesape nak meluaskan hubungan, nak tambah kenalan marilah join jadi bloglist ni. Tarikh tutup 8 july ni and 5 yang bertuah owner akan review blog korang. mari-mari semua.
Sekian la.

Syurga itu Mahal Harganya

Syurga itu mahal harganya.
Apa yang berlaku dalam hidup aku dari aku pandai berfikir sampai lah semalam banyak mengajar aku tentang kehidupan, harapan dan juga kepercayaan. Ada pepatah yang aku guna dulu; jangan berharap pada manusia, kerana manusia akan membuat kita kecewa, jangan berharap pada duit, sebab duit tak akan pernah cukup. Tapi berharaplah pada Allah. Kerana hanya Allah yang layak membalas apa yang kita harapkan dan lakukan. Tempat terbaik untuk meminta dan berbuat baik.
Memang sakit bila berharap pada manusia, sakit sangat bila rasa apa yang kita buat dengan harapan manusia lain faham dan buat yang terbaik seperti kita juga. Tapi manusia itu tak sama, tak sempurna. Antara satu sama lain tidaklah sama. Ada jurang perbezaan dan mengakibatkan kekecewaan.
Apa yang perlu di ingat dalam setiap perkara, bila kita mula berkorban contohnya kenalah pahatkan dalam hati apa yang kita korbankan; kewangan, jiwa raga, perasaan segalanya. Hanya kerna Allah kita lakukan. Untuk mendapat keberkatan, balasan di akhirat dan keberkatan. Bukan kerana seseorang manusia. Sebab manusia tu lemah. Tak ada kuasa nak balas apa yang kita korbankan.
Sama juga dalam kehidupan suami isteri. Bila isteri masak, mengemas rumah, basuh baju, angkat baju dan macam-macam lagi janganlah berharap suami faham kepenatan isteri sepenuhnya. Niatkan dalam hati, itu adalah ibadah. Mendapat pahala; syurga itu mahal harganya.  Kalau boleh jauhkan perasaan tidak adil, dan kenapa hanya isteri sahaja yang berkorban buat yang terbaik untuk rumah tangga? Anggaplah apa yang isteri lakukan untuk mendapat nikmat syurga kelak.
Jika suami gagal beri apa yang kita harapkan, sejukkan hati dengan istigfar. Allah Maha Mengetahui. Banyakkan berdoa. insyaAllah. Pengajaran untuk aku juga.

Jul 5, 2011

Puasa Dah Dekat Oiiiiiii

Salam,
Owh sangat excited harini sampai 3 entry aku publish. Akibat sindrom terajin camni la, kalau datang angin Malas memang terbengkalai la blog ini rasanya. Orang disekeliling dah excited nak sambut puasa dan kalau perasan now dah naik banner untuk jualan hari Raya.
Orang lain excited tapi aku agak kecut perut la. Mana tak nya EDD aku insyaAllah 5 hari pas raya tahun ni. Manala taw anak aku nak kuar awal sambut raya, tak dapatlah nak merasa ketupat rendang air tangan mak aku. wa mau tunggu lagi setahun nak merasa. Sob3 menangis.
Tadi tengah leka-leka dapat la email dari kawan aku ni. Jadual waktu berbuka dan imsak. Jerit-jerit tengok waktu berbuka. Awal-awal puasa bukak 7.30 malam. Berdoa sangat aku dapat berpuasa penuh tahun ni. Tolonglah Ya Allah. Baby kena tolong mama ok.  Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Fiuh.
Ok malas nak mengomel lagi so layan jela table kat bawah ni. Mana yang belum habis ganti puasa aku doakan korang dapat tunaikan tanggungjawab itu dengan jayanya. Masih ada waktu ok. sebelum tu, jangan marah yer..ni waktu berbuka untuk orang KL, Putrajaya and Labuan je. yang negeri lain aku tak dapat lak. nanti ada aku postkan la pulak.

utk org KL & Putrajaya sila amik perhatian

(utk org Labuan)


MasalaH pediH ulu Hati SemAsa Mengandung

Aku saja nak share pe aku baca kat blog kesihatan and pengalaman ibu mengandung yang lain. Masuk minggu ke 30 aku banyak kali kena heart burn atau nama melayu pedih ulu hati. Apa yang aku baca tadi disebabkan peningkatan hormone apa tah semasa mengandung. So amat tidak selesa bila ia kena kat aku.
Sakit kat mana?
Dah nama pun ulu hati of cos la berkaitan hati dan dalam perut ni. Bila berlaku nya heart burn ni akan terasa sakit almost kat bahagian dada. Akan mengalami sesak nafas dan rasa pedih-pedih kat tekak. Aku memang tak tahan bila kena.
Bila waktu terasa sakit?
Macam aku sendiri tak kira masa, but mostly bila perut aku lapar mesti kena punya. Nak atasi aku pun memakan makanan la.
Macamana nak heal atau kurangkan sakit?
Dari apa yang aku baca, para ibu boleh amalkan kat bawah ni;
1.       Makan slow2, kunyah slow2 bagi hadam
2.       Jangan minum teh, kopi or coklat dengan kerap sebab kafein.
3.       Jangan makan berselang air
4.       Kena minum banyak air
5.       Kena pakai baju yang tak ketat, nak-nak bahagian perut tu. So senang nak bernafas etc.
6.       Kena berjalan sikit untuk exercise
7.       Bila tidur waktu malam bantal kena tinggi sikit dari kaki supaya acid dalam perut stabil.
8.       Boleh jumpa doctor dan mintak nasihat serta ubat. Ada ubat tapi aku memang malas jumpa doctor.
9.       Makan chewing gum untuk kurangkan rasa ketidakselesaan. (aku baru nak cuba)
Tu jela dapat aku share. Sekian.

kandungan ke 31minggu..owh yeah

Salam semua,
Kepenatan baru balik dari medical check up baby.  Huishhh agak lama menunggu sampai nak tertidur akhirnya setel jugak check minggu ni. Alhamdulillah. If past two weeks aku kena Anemia (kepekatan darah merah kurang dari sebelas ) minggu ni bila test darah betul-betul ngam sebelas. Syukur-syukur kepada-Mu ya Allah. Boleh tarik nafas lega. Minggu ni penat betul, sabtu ahad merayau cari barang baby, itupun belum habis semuanya. Banyak lagi nak beli. Nantilah sambung. Sekarang kandungan masuk ke minggu 31. Semakin cepat penat dan selalu sakit belakang. Nak menangis. Setiap malam lenguh-lenguh badan.
Start 2 minggu lepas dah kena kira pergerakkan baby. Mula-mula risau sangat macam anak aku tak aktif je. Sebab nurse kata kena ada gerakan atleast 10 kali dalam masa 12 jam, if tak kena g hospital. Owh cuak ok. aku kadang-kadang tak alert kot dengan gerakan anak aku. tu yang kadang-kadang cukup-cukup makan je dia gerak 10 kali. Tak pun aku tak paham gerakan dia. Hurm ni first time mengandung so aku macam blur la jugak.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau banyak dugaan yang menimpa. Aku takut sesungguhnya. Tapi demi anak dalam perut ni aku kena la beranikan diri jugak. Kesian dia nanti dapat mak penakut. Apa pun tak boleh. Hahahha
Berdoa sangat-sangat supaya urusan aku dipermudahkan. Amin.