Nuffnang BH

Jun 30, 2011

Tak tahu bertanya soklan # 2: Sedekah kpD Non Muslim

Salam;
Rasa sesak nafas nak memanjat tangga LRT Wangsamaju ni, padahal rumah aku sewa lagi tinggi kalau nak kira. Lima tingkat ok. soalan untuk hari Khamis bukanlah berkenaan tangga atau rumah tapi pasal orang yang nak dikatakan hari-hari aku nampak kat tangga tu. Ada sorang mak cik cacat penglihatan menjual tisu kat situ. Dia Muslim. Selalu duduk kat tangga tu, dari pagi aku pergi kerja sampai la petang aku balik dia masih disitu. Sama jugak kat laluan jejantas tu mesti ada lelaki Cina mintak sedekah. Tapi dia tak cacat kot, nampak normal je.
As human, sifat belas kasihan mesti ada. So selalu la nampak orang sedekahkan duit kat mereka-mereka ini. Aku ada juga hulur kadang-kadang. Sampai la satu hari aku ternampak ada seorang lelaki ni sedekahkan kat lelaki Cina tu. So aku terfikir apa hukumnya sedekahkan kat lelaki tu? Kepada non Muslim? Sedangkan mak cik tu Muslim, baik sedekah kat dia.
So persoalan harini ialah; status sedekah kita (Muslim) kepada Non Muslim? Nak taw jawapannya tunggu esok la..aku search answer dulu..sekadar berkongsi pengetahuan yang sedikit. insyaAllah.

Jun 28, 2011

beberapa perkara yang annoying bagi aku

Salam:
Beberapa perkara yang buat aku jelik bila pergi ke surau atau masjid kat mana-mana jela kan serata Malaysia ni antaranya ialah berkaitan attitude pengunjung rumah Allah ni. As a Muslim, rumah Allah ni tempat ibadah, tempat yang suci dan perlulah dihormati. Tapi bila segelintir makhluk yang cuba merosakkan keharmonian memang aku anti sesangat. Ok ini kisah benar sebab aku selalu alami bila aku ingin menunaikan solat.
Bila nak mengerjakan solat, nak menghadap Ilahi mesti datang dalam keadaan yang bersih lagi suci murni. Pakaian dan juga hati. Baru kekusyukkan itu timbul dan moga-moga solat diterima Allah. Begitulah harapan aku setiap kali nak solat. Tapi oleh disebabkan segelintir hati yang tadi bersih lagi suci murni walaupun takda lah bersih sangat mula tercemar kembali. Mana taknya bila aku selalu sangat je mengalami perkara dibawah berulang kali. Apakah?

1.       Sebelum solat haruslah mengambil Wudu’.
-          Okes ikut tertib, baca kumur-kumur, baca niat try sekusyuk yang mungkin dan niat didalam hati supaya dapat keberkatan dari wudu’ tu. Semoga muka terpancar sinar keimanan. Chewah..tup-tup orang kat sebelah mengambil wudu’ sebijik cam nak mandi kat sebelah aku. yelah dah macam hape air tu habis terpercik kat aku. paling tak tahan bila kumur-kumur mulut pastu air lebihan kena kat anggota badanku. Warghhh macam nak nangis ok. dalam hati kutuk bagai nak rak. Cuba bersabar tapi gagal, lalu aku sebagai insan biasa ini mulalah mencaci. Kurang pahala disitu. Sebab syaitan berjaya hasut hati supaya marah-marah. Dugaan betul.
2.       Sebelum, semasa dan selepas.
-          Yang ni memang agak menangis la. Aku selalu terserempak dengan group minah-minah yang suka menunaikan solat bersama-sama, tapi bukan berjemaah ok. yela pergi reramai tak bosan agaknya ada orang meneman kan? So start je melangkah masuk berborak , amik telekung berborak, letak telekung and cabut tudung berborak, amik wudu’ berborak, sarung telekung berborak  jugak. Berdiam seketika, habis je berdoa terus berborak lagi dan diiringi hilai tawa yang kuat. Dahla tak pedulikan orang sekeliling. Eh macam nak tampar laju-laju je suruh senyap. Kenapa la susah sangat nak hormat orang lain. Even aku dah jeling-jeling group minah ni, tapi diaorang boleh wat derk je. Setupid betul. Sambil aku teruskan juga urusan aku, solat dalam keadaan tak puas hati. Rugi lagi aku kat situ. Adehla.
3.       Bunyik handphone yang bingit
-          Yang ni jarang la mengganggu aku. kalau biasa jadik pon bila time shopping kat mall la. Terlupa nak silent la kan? Alasan. Tapi memang tak manis la tengah sunyi sepi orang kusyuk solat tetibe lagu wondergirl berbunyi, tak pun lagu wonder pet.hurm terus hanyut la solat. Tapi yang betul-betul mengganggu bila berbalas SMS la. Setiap kali reply/received message kan ada bunyi so aku siap boleh berdialog dalam hati marahkan orang yang tak reti nak silentkan handpon. Kesian lagik.
4.       Budak-budak yang kurang comel.
-          Aku bukanlah anti bebudak, lagi suka adalah. Tapi secara otomatik aku jadi tak suka bila budak-budak tu buat muka, berlari-lari, menjerit-jerit bila dalam rumah Allah. Taw bebudak, tapi mak dia kan ada napelah tak ditegur anak tu. Suh senyap ke, bagi mainan ke suh senyap. Takda la sangat mengganggu jemaah lain. Susah-susah sangat ikut turn la bila bersolat. Suami solat bini jaga dulu dan sebaliknya.
Tu jela aku membebel untuk entry kali ni. Dah lama pendam Cuma arini tak tahan sangat terus meletus. Sambil wat entry terbayang group minah yang suka buat onar kat surau tempat aku bekerja skang ni. Owh rasa nak penyek-penyekkan mereka.

Jun 27, 2011

Weeee Penat okes..

Salam. terasa hidup sangat penat. ah permulaan entry dah macam hampes. warghh kenapa mood untuk berbelog semakin berkurangan..padahal baru 2 minggu lepas janji wat segmen hari Khamis. tup2 last thursday xbuat pon. owh berdosa memungkiri janji.even dengan diri sendiri. maafkanlah sebab memang teramat busy dengan kerja. penat dan otrak tiada masa nak memikir.

last week telah pergi ke Gambang untuk family day office. so jadi sub committee utk bahagian F&B. apakah? ala org yg yang jaga food bagai la. include the dinner..so memang sebuk nyah.kena makan awal and then kena jadi penyambut tetamu suh orang makan bagai. aishhh jadi macam salesgurl pon iyer gak.

hari isnin kena gak g kerja sebab nak kena arrange meeting for tomorro. hurm memang penat sebab masa bangun pagi tadi badan sakit2 mujur kaki xbengkak. fiuh..tapi memang xlarat la kan. takpelah..ada hikmah pergi kerja hari ini. malas nak layan penat. kain kat rumah memang menggunung tinggi nyah. nak kena basuh. lipat.waaaa saya tak nak.

next time la buat entry promote Gambang waterpark *secara percuma-bukan duta yang dilantik ok*. pastu later gak akan upload gambar yg macam cantik dipandangan mataku ini. overall best la jugak sebab dapat kenal dengan staff company yang lain. nama je sebumbung under Puncak Semangat Group, tapi ramai sangat ahlinya..so payah la.

pe2 pon aku upload gambar ni jer dulu ok..

(stage utk dinner sebelum di decorate)

Jun 20, 2011

Kartunis Qayyum dan Pak Uda Meninggal Dunia

Tadi baca Metro Online, agak terperanjat bila dapat taw 2 orang yang berbakat kat Malaysia ni telah menghembuskan nafas terakhir..Al Fatihah..salam takziah.

Kartunis Qayyum meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Editor dan penulis majalah kartun lawak antarabangsa, Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim, 41 atau lebih dikenali sebagai Qayyum meninggal dunia akibat serangan jantung, di rumahnya, di Fair Ville, USJ 22, dekat sini, malam kelmarin.
Isterinya, Suhaila Samsudin, 32, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan anaknya ke ibu kota petang kelmarin atas urusan keluarga sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.
untuk berita lanjut Kelik Sini.

Pak Uda meninggal
TAPAH: Jenazah pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali Pak Uda selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, di sini, petang semalam.
Arwah yang terkenal sebagai watak Pak Uda dalam siri sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah tiba di kediaman abangnya, Nizar Ismail, 60-an, di Kampung Batu 5, di sini kira-kira jam 3 petang semalam selepas bertolak dari IJN kira-kira jam 12 tengah hari.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil, Tapah Road kira-kira jam 4.45 petang.

kelik sini untuk cerita penuh.

*credit utk myMetro

" Dari Dia kita datang dan kepada Dialah jua kita kembali "

Jun 17, 2011

ini entry emosi macam tuututttttt

Salam semua,

aku menulis dalam keadaan emosi paling tunggang langgang. sakit ati aku nyah. kereta dah 2 minggu masuk bengkel tapi tak siap2 lagi. ok fine xsiap xpe aku paham mungkin sebab ramai gila pelanggan kau keta rosak then xde masa nak tgk keta aku. fine. yang jadi prob bila kau dah janji konon2nya confirm leh siap.

tak ke terbakar aku dengar bila kau kate tak boleh siap? memang celaka la kan. ha kan aku dah marah tahap maksimum ni. mendidih otak ketar2 tangan nak lepas geram. astagfirullah. nak nangis ok. next week jumaat ada family day di Kuantan so memang nak guna kereta. now korang janji akan keta akan siap paling awal rabu. if xsiap jugak rabu tu memang aku penerajang sorang2 la.

aku xkisah sangat kalau kau xjanji beria..kalau kau ckp..insyaAllah boleh siap kak. sejuk sikit hati aku. ni x, dengan confident bangang nyer kau cakap CONFIRM leh siap minggu ni. kau taw x tension xde keta duk bandor ni. kat KL semua duit taw. jalan sket duit. dahla susah aku nak kemana2 xde keta. dengan perut memboyot ni, xlarat aku nak pendam sorang2 la.

nak beli barang2 harian pun payah. aku nyer budget pon terjejas sebab beli sket2. kalau masa ada keta leh cari tempat murah n beli banyak2 barang terus but now aku terpaksa beli sikit2 dan jinjing beg plastik berat sorang2. kau paham x?

aku xsuke maki orang. cuma bila langgar pantang aku mula la aku hangin. orang yang memungkiri janji dan orang yang xpunctual. memang aku hangin satu badan. lagi satu please jangan lembap buat kerja.

now aku dah macam nak pengsan otak tak dapat berfikir. sakit otak. balik nak g mana xtaw.nak jalan jauh2 takut penat. nak balik rumah bosan.

Answer=Tak tahu bertanya soklan # 1: Status Gaji, layari internet waktu bekerja..

Salam Jumaat..lambat plak mengepost entry ni Soklan Semalam.. ni jawapan nya..harap menerangkan keadaan yang gelap dan kabur2 tuh..

JAWAPAN
Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:- 


Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219) 

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.


Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)
Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.

Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-
1-   Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2-   Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3-   Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.
Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.

Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.

KESIMPULAN

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.

Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan.  Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam

Sekian

Jun 16, 2011

Tak tahu bertanya soklan # 1: Status Gaji, layari internet waktu bekerja..

Salam, ni lanjutan entry yang aku cakap nak buat tu, entry hari Khamis . Ni antara soalan yang aku selalu tertanya2 then ada kawan yang senasib telah kongsi info ni..so esok insyaAllah aku postkan jawapan dia ok..stay tune.. 

Layari Internet, Waktu Kosong & Kerja

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan  sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu. Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

anda selalu buat benda ni kat office?

Segmen ; tak tahu bertanya.

Salam hari Khamis..yehaaaa.alhamdulillah aku diberi kenikmatan dan Allah mendengar doaku.. bersyukur walau aku bukanlah hambaNya yang baik sgt tapi Allah tak kedekut langsung nak limpahkan kurniaNya. Semalam aku tengok pertandingan tilawah Al – Quran kat TV1 so aku rasa ni la ‘hadiah’ Allah bagi, dengan mengabulkan doaku. Alhamdulillah.
Arini, tadi tetiba je dapat idea macamana nak buat aku ni selalu update blog and buat kehidupan aku ni busy dan sambil tu mendapat la sedikit pahala berkongsi info. Tak kira apa jua info tentang agama, ekonomi, kehidupan social, dan macam2 lagi. InsyaAllah; plannya setiap hari Khamis akan entry “tak tahu bertanya” then dengan izin Allah aku akan sedaya upaya cari jawapan and post jawapan untuk entry hari Jumaat. If soklan yang aku utarakan tu susah, aku akan amik masa la nak jawab. Ni kira segmen tanya sendiri n jawab sendiri la.rasa rugi bila tahu sesuatu tapi tak share dengan orang lain.
Nak tunggu orang lain tanya memang tak da la kot. Sebab aku bukanlah arif mana sangat pon. Aku akan cuba dapatkan jawapan dari sumber2 yang boleh dipercayai..jawab sebaik mungkin. Mana yang kurang may be yang lain boleh tolong comment. Moga2 dipermudahkan la niat ini. Amin.

Jun 15, 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO



GIVEAWAY KAK ES & NESLOO
Tadi pagi aku excited bukak blog then tgok ada org join contest ni kat blog neslOO ni..rasa hati berdegup2 teruja nak join. owh yer, ni contest dia buat dgn rakan duet dia.. Kak eS Semangat ok tengok hadiah yang di offer. Ada rezeki dapat kot. Xde rezeki xdela kui3. Sebab apa semangat nak join ini contest?
1.      Menyentap jiwa
Sebab masa aku baca entry utk contest ni cara penulisan blogger ni sangat la kena dengan jiwa aku. Aku dapat rasakan utk next entry dan entry sebelumnya akan menghiburkan hati aku yang bosan nak mati kerja sepanjang hari. Btw aku xsempat nak godam entry2 lama lagi tapi sure akan baca. ni bukan nak bodek okey..i ikhlas.. hope bakal menceriakan hatiku..yang sorang lagi blogger pun best..u all duet nak wat GA mesti u all ni sekepala gak.. so aku layan..aku promote blogger2 lain baca gak blog diaorg.

2.      Terpengaruh dengan Hadiah yang menggiurkan
Sebab aku nak menang hadiah la. Aku harap ada la makhluk lain yang bermurah hati nak sponsor hadiah bebanyak. So peluang nak menang tu tinggi la. Ni ramai2 nak berebut hadiah yang best itu.owh sedih kalau tak dapat hahahhaha.

3.      Saja suka2 nak happykan diri.
Hidup aku ni bukan la selalu happy aje..so masuk jela contest bagi happy sket. Atleast tambah la kenalan baru even dekat blog je. Banyak manfaat kalau ramai kenalan. Ye x?

4.      Contest yang simple
Terkejut aku tengok simple sesangat cara nak join, so aku macam xsedap hati la setakat nak letak banner GA tu then like kat FB etc. terus excited nak tulis entry sekali. Maaf yer aku banyak bebel. Bila kau gembira aku banyak cakap. Owh ya sama gak bila aku lapar.
Tu je kot alasan yang dapat aku tulis. Dan yang penting hidup mesti happy. See nampak x aku senyum? hiihihihihi. so aku dah follow diaorang, korang ape lagi jom serbu..

Jun 14, 2011

AkU MasIh InGat


sape2 nak join click sini

aku masih ingat...
Salam,
aku baru follow blog DocTor ni and aku punyalah excited nak join contest dia buat. Menang ke tak belakang kira la. Ni ikut hati yang excited nak berkongsi memori yang aku rasa adik beradik aku pun ingat sampai bila-bila kot.
Oleh sebab keluarga kami ni bukanlah keluarga yang kaya so cara didikan of cos la cara didikan family yang sederhana je. Bila time puasa kami adik beradik memang la liat nak puasa, dah nama pun budak kecik. Adik beradik aku ramai so kira dekat2 la jarak umur, almost sebaya la.  Aku ingat lagi masa tu dalam umur 6 tahun dan bawah aku ada lagi 3 adik-adik kecik.
Masa umur cmni la mak aku ajar kitaorang berpuasa. Ya Allah macam nak mati rasanya. Kalau orang lain mak ayah bagi duit kalau puasa penuh tapi mak aku bagi air kotak untuk berbuka kalau dapat habiskan satu hari puasa. Nikmat berbuka dengan air kotak laici,soya yang sejuk disimpan dalam peti ais memang dinanti kami semua. So masing-masing akan berpuasa kerana air kotak la. Hahhahaha. Aku ni nakal sikit masa kecik, kitaorang selalu lawan la sape dapat tahan puasa and dapat berbuka dengan air kotak menjadi pemenang.
Adik-adik aku kan kudus lagi mana taw hasad dengki nak menang ni. Kebetulan bulan puasa jatuh pada masa musim buah rambutan masak dengan ranumnya. Sebab cuaca panas so kitaorang ramai-ramai lepak bawah pokok rambutan sambil tunggu waktu berbuka. Pastu aku dengan confidentnya hasut adik2 aku...sebab nak menang air kotak. Kah3. Dengan muka yang serius aku yakinkan diaorg bahawa if makan makan buah rambutan sebiji je tak akan batal puasa (makan banyak2 baru batal).
Aku kan kakak of cos diaorg percaya.. pastu bila semua dah makan buah rambutan cepat2 aku lari masuk rumah bgtaw mak aku adik2 aku ponteng puasa makan buah rambutan. So hari tu aku sorang jela puasa. Tapi yang xbestnya aku tak dapat pon air kotak sebab aku main tipu. Adik2 aku semua tarik muka bila ditipu. Mak aku gelak sakan. Bila ingat memori ni mesti kitaorg bantai gelak ramai2.
(aku xreti lukis..layan aje la.)
lagi satu kisah, Aku masih ingat dulu, masa tu abah kuat bekerja tapi sebab adik beradik ramai selalu macam tak cukup je makanan kat rumah. Punya lah sedih pernah satu hari tu kitaorg makan gulai ikan sepat masin yang sama mak aku masak untuk 3 hari berturut2. Pergh menu untuk 3 hari lauk yang sama, nasik n gulai ikan masin. Makan sekali sehari je, dan saat aku kunyah nasi dan telan aku rasa sebak sangat. aku berdoa pada Allah supaya kami sekeluarga tak akan susah lagi pada masa hadapan. Abah pulak masa tu makan nasi dengan gula je. Nak menangis je rasanya masa tu, nak tolong cari duit tapi aku kan kecik lagi masa tu. Bila aku ingat semula mesti berair mata ni.

Tu jelah kot memori yang aku ingat. Yang lain mungkin tak sebest and sesedih dua perkara kat atas. Dulu abah panggil aku tong sampah masa kecik2, sebab aku selalu habiskan makanan adik2 aku. diaorang tak habis aku tolong jela. Hahahhahahha

Aku tag 3 orang lagi supaya join contest ni.. 
1. ahkak Geli
2. KAk Ina
3. Cik Aisha 

Jun 13, 2011

Manisnya BercHintaa..lalallalalal

Wehuuu..salam semua. Tadi berjalan-jalan tengok blog orang. Baca entry bagai. Overall, blog kedua perempuan bujang yang berstatus “couple” aku singgah. Well follow tak la just baca for fun. Kagum ka? Takla Cuma rasa kasihan dengan mereka. Why? Sebab diaorang sangat sayang akan BF mereka. Ok bukan tak boleh sayang tapi ada hadnya. BF, lelaki kalau belanja makan awek biasa kot bagi aku, tapi bagi mereka ni, fiuh satu hadiah yang cukup bermakna. May be baru start bercinta tu yang perasaan menggila tu. Well teringat zaman bercinta dengan suami dulu. Aku di Shah Alam dan suami di KL. Even dekat tapi date tu tetap jarang-jarang. Malu gak bila dating suami je belanja. Hiihi so sesekali nak keluar duit gak belanja makan apa yang patut.
Back to my topic, aku harap pompuan2 yang mencintai lelaki ni separuh mati dapat kebahagiaan sampai akhirat, dapat berkahwin dan terhindar dari melakukan maksiat. Dosa tu memang setiap orang akan buat punya masa bercinta. Terpegang, tersentuh suma la. Harap diaorang dapat kawal nafsu. Aku tulis entry tak ada niat kata aku bagus etc, Cuma aku macam takut sangat diaorang ni terkeluar dari garisan. Keluar landasan. Kan syaitan dah berjanji nak sehidup semati dengan keturunan Adam. Tak akan syaitan itu berpuas hati dengan kejahatan yang dilakukan.
Dan tadi sempat jenguk wall FB my best friend masa kat Jengka dulu. Selamat melangsungkan perkahwinan 5 june yang lepas. Aku tak dapat hadirkan diri sebab Blackie masuk hospital. Major operation. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan suami.
arfah sgt comel


dengan 2 org lagi kawan baik aku..shidah n apah..


 *tadi membaca di Surau..nama Syaitan semasa ianya menjadi Malaikat adalah Harith..Syaitan juga menggoda Hawa semasa mengandungkan anak pertama supaya menamakan anaknya dengan nama Harith dan menyuruh Hawa menyembahnya. Dan Hawa ingkar lalu Syaitan mengugut bahawa anak yang bakal lahir akan tumbuh tanduk di kepala. Dengan izin Allah, selepas anak Hawa dilahirkan, nyawa telah di ambil oleh Allah S.W.T.
*begitu juga perihal semasa Hawa mengandung anak seterusnya, syaitan terus-terusan menggoda dan mengugut Hawa, dan Hawa tertewas kerana takut kehilangan kandungannya, lantas turunlah Firman Allah S.W.T menyatakan syaitan itu tidak putus asa menyesatkan manusia.
wallahualam.

Jun 8, 2011

Entry ni Khas untuk Owner Blog: Terbang tInggi-Tinggi

(Menjerit ramai2)

Salam semua, sebenarnya jarang betul aku tulis pasal artis dalam blog aku ni. yer la kadang2 xda ape pon nak citer psl diaorg hiihih...dan kali ni buat pertama kalinya aku menulis pasal artis..tentang Lisa Surihani.weeee..minat tu okehla..tapi takda la sampai menggila sgt macam sorang blogger yang aku follow ni.

entry ni pun khas untuk dia. khas untuk Hamzah - yg suka terbang tinggi2. sejarah entry ni cmni, memula pepagi tadi aku baca surat khabar yang org Malaysia suka beli, murah dan kadang2 berfaedah jugaklah. Besenya aku lebih suka baca online je. jimat duit aku singgit boleh beli air bungkus ihihihi.

sebelum meneruskan aku mintak maaf kat Hamzah, if itu betul nama anda la sebab aku xkenal pon ko. aku just follow blog ko sebab rasa fun bila baca, hahhahah tapi entry yang baru kau tulis tadi buat aku nak muntah dan hilang selera makan. ok. hahahhaha


                                       (dah bercinta upenyer..menangis jejaka2 kat luar sana)

sambung pasal Lisa Surihani, masa aku baca news ni tadi aku dah gelak2 sambil dalam otak aku bayangkan kekecewaan hamzah apabila dia dapat tahu gossip terbaru Lisa dengan Yusry KRU. agak2 la kan..mau tak makan dua hari sebab kecewa. hahahhaha. dan aku rasa bukan Hamzah je yang terkena tempias meroyan pasal gossip ni, mesti ramai lagi jejaka kat lua sana menangis dan berkabung.. gelak lagi la. hahahha

aku tak nak ulas panjang2 la berita ni sebab masing2 boleh baca kat sini Baik Punya Gossip. ermm pendapat aku dalam hal ni, cuma boleh doakan jela kebahagiaan dan kejayaan orang2 yang terlibat. dan terfikir gak kan..orang2 cantik ni memang suka Duda ker??? dulu CT Nurhaliza Kawen dgn suami org/Duda owh aku xtaw status dia..now Lisa plakk..Kris Dayanti pun sama..eh trend ker? auwww

tapi sejujurnya aku lebih suka Lisa dengan Sam..lagi cute kot..tapi ape2 pon hidup diaorg biarlah diaorg yg decide. bukan hidup aku pon. aku nak sambung gelak lagi hahahhahah kesian hamzah. hahahhaha
terbanglah tinggi-tinggi untuk ubat kekecewaan.

btw, this entry utk hamzah just for fun ok..harap tak terasa. ampun maaf dipinta. eh macam hari raya plak.



Jun 7, 2011

Saya hanya mampu berdoa

Salam 1 Dunia. Berdoa itu ertinya meminta. Ada juga yang kata, kata-kata itu juga satu doa. Saya harap Allah mendengar doa saya. Ya saya akui kadang-kadang saya malas berdoa, selalu tak sempat dan terlupa berdoa. Saya jadi sibuk dengan dunia sendiri dan sering lupa yang saya ini perlu berdoa. Perlu meminta kerana saya ni hanyalah insan yang lemah. Yang tak punya apa-apa.

1. Saya berdoa agar kehidupan saya didunia dan diakhirat dipermudahkan.
2. Saya memohon agar kandungan saya sentiasa sihat dan selamat melihat dunia.
3. Saya berdoa agar zuriat yang keluar dari rahim saya ini, menjadi anak yang soleh-solehah dan taat dengan ajaran agama.
4. Saya berdoa roh abah saya ditempatkan di kalangan orang beriman.
5. Saya berdoa agar kubur abah saya dilapangkan dan bercahaya.
6. Saya berdoa agar mak saya sihat dan sempat menunaikan umrah dan haji.
7. Saya memohon agar perkahwinan saya kekal berpanjangan dan saya dapat bersama suami hingga ke syurga.
8. Saya berdoa agar dipanjangkan umur suami, dimurahkan rezeki, dan sentiasa bersama saya disaat susah mahupun senang.
9. Saya memohon agar menjadi kuat, tabah, dan sentiasa mengingati Allah apabila dilanda ujian.
10. Saya berdoa agar kehidupan adik beradik saya mendapat berkat, dilindungi dari gangguan Iblis dan syaitan, dan berjaya di dunia dan akhirat.
11. Saya berdoa agar seluruh keturunan dan kaum kerabat berada di landasan yang benar dan saling mengingati.
12. Saya berdoa nasib umat Islam di bela.

Banyak betul saya meminta. Saya sentiasa berharap, hanya pada yang Esa.

entry pendek tanda tak da mood

gila kentang ah arini asyik nak bergaduh dengan orang pasal kerja. ok aku cakap A dia bagi B, aku explain lain dia paham lain. what the heck. jangan sedap-sedap nak arahkan aku itu ini ok. kalau bukan terpaksa aku tak buat. owh xikhlas sungguh. tak bagus. bukan. maksud aku, leader aku ajar macam ni. bila dia tak da susah la nak follow sebab tak semua setuju dengan cara leader aku. haish geleng kepala.

aku just buat apa aku paham. nasib la kalau lu orang tak nak paham.

Jun 2, 2011

kau pergi jua..

Salam ok kali ni entry tentang baby. Ada kisah sedih aku nak share. Ni tentang housemate aku yang aku kenla lebih kurang 2 tahun duk serumah masa bujang masa start keje kat KL. Dia berkahwin awal stengah tahun dari aku rasanya. Duduk pun berjauhan dengan suami masa tuh. dia kerja di KL manakala suami kerja di Langkawi. Sayang nak berpindah akhirnya housemate aku ni bagi tempoh 2 tahun duudk berjauhan. If dalam tempoh 2 tahun masing-masing tak dapat tukar tempat kerja housemate aku akan mengalah la. Maksudnya berpindah ikut suami. aku panggil housemate aku kak Roses. Kak Roses baik. Seronok and aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. 

Sambung semula cerita kak Roses. Setelah tempoh 2 tahun habis maka dia dengan rela hati berpindah  ke Langkawi tempat suami dia bekerja. Masa tu aku sempat berkongsi kegembiraan dengan dia aku mengandung sebulan lebih. Dia yang suggest kat aku untuk beli pregnancy test kat Guardian. Dia teman sebab aku malu + nervous. Alhamdulillah dia orang pertama aku bagitaw resultnya. Aku positif mengandung. Alhamdulilah. Tak lama selepas tu kami berpisah. Kak Rose di Langkawi dan aku meneruskan kehidupan dan stay dengan suami aku.

Tak lama dia berpindah dia merungut yang period dia terlewat 3 hari. Maklumlah excited nak mengandung jugak aku rasa. Tak lama tu dia cepat-cepat beli pregnancy test dan buat pengesahan kat private clinic. Siap scan bagai. Ok bagi aku normal. Sebab masa aku mengandung pun scan camtuh. Tapi kandungan kak Roses kecik sangat masa tuh, baru nak masuk sbulan kot.
Aku turut gembira yang dia jugak mengandung. Alhamdulillah, atleast aku ada kawan nak berkongsi cerita dan tip. Hampir setiap hari aku tetap menghubungi dia melalui YM. Hubungan kami baik. Sampai la semalam, aku terlalu sibuk dengan kerja, aku terlupa online. Dan kak Rose betul- betul perlukan aku masa tuh.

Pagi tadi aku dapat offline message dari kak ros. Pendek dan tersangkut-sangkut penggunaan bahasanya:
“Baby dah tak ada”..”akak operate petang ni”..kau cuti ker?”
Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tersentak. Cepat-cepat aku bukak Fb dan tangok wall status dia. Kecewa. Sedih. Tergamam. Semuanya milik Allah. Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Walaupun kak Roses nampak kuat tapi aku taw dia menangis semahunya. Dia tak sempat bagitaw mak ayah dia, risau katanya. Now keadaan dia selepas operate tadi (aku xtaw nama khas utk cuci perut tu) dia semakin ok. Oleh sebab kelalaian klinik kerajaan lambat aturkan temujanji dengan pakar (sebelum kejadian dia refer klinik kerajaan sebab bila kali kedua scan baby tak nampak) dia dijangkiti virus. Pusat dia bernanah. Skang dibawah pemerhatian lagi. nasib dia dan suami refer to private clinic, if tak sampai skang baby dia dalam perut. Nak tunggu klinik kerajaan nampaknya lambat sangat.

Pada awal kehamilan dia disahkan ada Diabetes. Kesian sungguh dia ulang alik ke klinik cucuk dan amik darah setiap 4 jam. Lama jugak dia macam tuh. pernah dulu dia kata bila aku tanya tak sakit ke selalu cm ni, dia just jawab “demi baby akak sanggup”. Bila aku kenangkan semua perbualan aku dengan dia air mata memmang nak tumpah. Sedih.