Nuffnang BH

Apr 21, 2011

alangkah indahnya


Hari Khamis mmg buat aku btl2 down la. ari yang rasa paling 'banyak' kerja and paling malas. setiap masa fikir nak balik dan balik dan berehat dan makan yang best2. tapi nak jimat duit arghh..


aku nak makan lambchop kat kampung baru. nak sekarang jugak rasanya. wah tak tahan bila teringat kesedapannnya. tapi asyik balik lambat je skang ni. mana larat nak kuar dengan jem and hujan lagi. menangis tengok gambar. ok berdoa supaya dapat makan malam nanti. amin.


Bila habis makan lambchop mesti nak makan ice cream mahal2. padahal perut mesti penuh kan. tamak punya pasal. tapi ice cream boleh makan bila2. nak g beli je malas. kan best ada poket doraemon. boleh makan bila2 aku nak. hentak2 kaki teringat ice cream milo kat umah. ya Allah sedapnya. sabar2 lagi ni.


kalau keinginan aku sekarang a.k.a nafsu ditafsirkan dan diolah menjadi sekeping gambar mesti macam ni la rupenya. penuh tangan siap letak dalam poket, then makan sampai pengsan. adoi.

ok aku ingat panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. amik kau. kerja menggunung tinggi. hampas gas. kerja dgn org yang xreti buat kerja and suka tai chi kerja amatlah membosankan. ok bila stress aku selalu  makan buah2an. paling aku suka ialah buah dibawah. eh bukan double meaning ok, mksud aku refer gambar di bawah di bawah ni:


bagi la 2 kilo pon aku sanggup habiskan. owh sedap. sambil2 tengok tivi, berangan ke hape ke mesti makan buah ni. macam orang kaya2 dalam tivi la kan mesti makan buah anggur. 

owh baru taw fakta di atas. so husband and wife bagus makan buah anggur ok. selain itu, anggur juga baik untuk membantu mengekalkan bentuk badan. aku baca dalam majalah kesihatan.

dan sebab kesebukkan yang membuatkan aku demotivated ni aku teringin sangat2 nak berhoneymoon lagi. real one la. before this xreal sgt hahhaa. xkisah la berbadan dua ke ape. hati tetap melonjak nak pergi berjalan makan angin.


kenangan ke Beirut mencucuk otak dengan segera..rindukan semua pengalaman tu walaupun memenatkan.


dan aku rindukan Mahmood sekeluarga, teman dan juga pemandu teksi kat perantauan yang superb. indahnya ukhwah yang terjalin. moga dapat bertemu lagi. insyaAllah.





Apr 19, 2011

yeaaahhhh 5 bulan... Alhamdulillah

Alhamdulillah, harini Qaseh dah cukup lima bulan (19/04/2011) ikut pengiraan doctor. Sungguh teruja nak scan tengok perkembangan dia dalam perut mama ni. Ihihih then hubby bawak scan di Klinik Alam Medic seksyen 1 Wangsamaju. Memang aku recommend kat semua ibu mengandung datang sini sebab doctor bagi consultant sgt la terbest skali. Cukup info akhirat dan duniawi. Terharu sangat bila nmpak Qaseh gerak2 dengan aktifnya. Doctor cakap Qaseh dah mula mendengar, so kena ajar/ bagi Qaseh dengar perkataan yang elok2 je. Perkataan pertama yang wajib bagi anak dengar ialah Allah. Haruslah elakkan mulut dari mengeluh, mengata, dan bercakap benda yang tidak senonoh. Nanti bila keluar anak mengikut apa yang kita selalu cakap masa mengandung.



Doctor tu bagi sedikit tazkirah, sbb ni anak pertama and if tgk size we all ni memang la kecik. So dia basuh cukup2 sebagai bekalan. Dia nasihatkan dalam otak kena target 10A atau seberapa banyak A yang kita nak untuk anak yang bakal lahir. 10A untuk SPM. Pastu cerita2 la pasal amalan yang perlu, surah2 yang patut dibaca, dan macam2 lagi. bagusnya doctor.


Aku mula2 dlm otak confident la SPM stand for Sijil Pelajaran Malaysia, memula terfikir la duniawi sungguh kan nasihat doctor bagi, but then after 10 minutes dia repeat SPM baru doc explain SPM stand for SAHAM PADANG MAHSYAR. Astagfirullah. Malu sekejap. Pastu dia explain la lagi, A yang pertama is Allah. So semua amalan, apa2 zikir mesti ingat Allah, A kedua untuk Amal. Dan dia suh aku fikirkan A seterusnya untuk anak aku nanti. Ikutlah if nak anak cemerlang 5A ke, 6A ke.


Aku memang respect habis kat doctor ni. Dahla pandai, ingat Allah, tugas mulia bantu orang sakit, buat amal menyebarkan ilmu. Alhamdulillah bersyukurnya bertemu orang begini. Doctor juga nasihatkan supaya aku ajar Qaseh 1 word 1 day. Wah jadi cikgu sudah. Hiihihi


(ni dapat dr web nih info Baby comel & ibu mithali)

Apr 15, 2011

Pengalaman menakutkan..

Harini hari jumaat penuh kemuliaan sepatutnya aku bersemangat ni separa lemau je. Ok tadi dalam train bersama suami memang la semangat. Dah masuk kerja ni sorang2 hilang semangat tuh. reply kawan2 takda plak yang membalas lagik. Serius stress ni. Adehla.


Nak menyembang dengan orang sebelah pon mood tak datang lagik. So berdiam dulu. Simpan cerita hot semalam yang aku lalui. Saat getir melarikan diri. Tak hingat takut. Sampai buntu tak tahu nak lari kemana. Mujur semalam berteman, if aku balik kerja sengsorang mesti meroyan tunggu suami balik. Risau bagai.

Citenyer gini: elok2 semalam sampai wangsamaju dalam kul 6.30 hujan dah start turun dengan lebatnya. Angin toksah cakap, memang kuatla. Mulut kumat kamit baca apa yang patut. Baca untuk pelindung diri dan Qaseh. Memang plan dalam otak nak cari barang untuk mesin basuh sebab baju dah menimbun kat dalam baldi. Nak beli barang2 sikit untuk event ahad ni. Tapi kita merancang Allah yang menentukan. Tup2 hujan teramat lebat then terus la menuju ke Carrefour seksyen 4 yang dekat dengan WangsaWalk tu. Ingat nak stay dalam tuh dan lepak makan2, solat la.

Baru je nak amik troli, tolak masuk main entrance suddenly air keluar dari cerobong/salur air. Melimpah2 jatuh dari atas then kena makanan yang cr4 display kat situ. Memang kelam kabut la situasi. Dah mak cik security jerit2 suruh selamatkan barang2 then pekerja2 department lain pon macam panik, gelabah tak tahu nak buat apa.

Customer2 pon sibuk berlari bukan nak tolong tapi nak tengok apa yang kecoh2. Elok je air melimpah, pastu kat area jual barangan elektronik plak dilimpahi air. Habis tv2 ya ng terpasang, kelam kabut cabut dan angkat kat tempat lain. Serabut. Aku dan suami dah takut gile. Tak tahu nak buat apa. Kang nak tolong kang kena renjatan elektrik sape nak bertanggungjawab, nak harapkan pihak cr4 memang tak boleh diharap (based on previous experience masa blackie dicabul tuh).

Dah merebak kat barangan elektrik then kedai2 kecik jual handphone plak air melimpah ikut celah2 corong tu. Mahu hysteria bos tengok handphone rosak. Aku memang nak tengok, konon2 nak stay nak tangkap gambar bagai. Tapi memikirkan soal keselamatan kami bertiga, then risau blackie apa2 terus jalan laju2 nak keluar. Buat2 la meletup ke cr4 ni, mati syahid je kang. On the way jalan laju2 dah nampak kat bahagian cashier air terjun dengan lajunya dari syiling. Sape2 penah masuk carre4 taw la dia punya bumbung ala2 gudang separa siap.

Secara jujurnya., keselamatan memang tak di utamakan. Mungkin pihak carre4 tak pernah bayangkan akan jadi seteruk ni, but then keselamatan tu memang penting. Sampai kat parking area, air dah mula menitik dengan lajunya. Tunggu nak pecah je saliran2 yang tak berapa kuat tuh. then start enjin terus keluar. Masa kitaorang keluar sempat jugak nasihat kan orang yang datang, tapi macam biasa la muka separa nak percaya, lantak korang la, kang mati dalam carre4 aku tak tahu ye.

Hujan still lagi lebat campur kilat2, panik lagi sebab jalan2 dan dinaikki air. Banjir. Banyak keta u turn dan langgar masuk jalan lain, kitaorang tak terkecuali. Nak balik takut blackie kena hempap dek pokok if parking, nak g makan of cos banjir then jalan ke kedai pon banjir, then suami ajak masuk jaya jusco then parking atas sekali. Takut punya pasal. Tapi tka bukak. Then last2 tawakal parking kat level 3 je.

Pergi solat then makan. Masih terngiang2 kat telinga suami cakap “ pe2 je yang berlaku abang tetap sayang odie n Qaseh” terharu sangat. sebab masa tu ingat macam nak kiamat je. Ala2 tsunami. Hanya yang pernah mengalami akan memahami perasaan cemas tuh. Alhamdulillah semuanya ok selepas 1 jam. Orang punya ramai datang JJ. Makan dan beli belah. Mungkin alami nasib yang sama sebab tu ramai2 berkumpul kat JJ.

Moral of the story, aku solat maghrib malam semalam seolah2 itu solat aku yang terakhir.

Apr 14, 2011

perjalananku

Salam, next monday cukup Qaseh 5 bulan. yea alhamdulillah. harap semua berjalan lancar:

1. maseh lagi muntah2, pening2 dan panas seluruh badan pada waktu malam
2. addicted to roti canai setiap kali breakfast.adoi
3. if ikut baby centre punya info, Qaseh dah boleh mendengar. excited sgt.
4. setiap kali selepas makan/minum perut akan jadi penuh sangat2, jadi mengah dan susah bernafas.
5. perasaan cemas, risau, berdebar, gembira bersilih ganti.
6. kerap melawat tandas mcm 10 kali dalam sejam je.
7. cepat nak buang air besar skang ni.
8. rasa penat dan asyik nak tidur.

nak ajak MrHubby g scan Qaseh. eiii tak sabar. weeee