Nuffnang BH

Mar 29, 2011

Situasi dan persoalan:

Situasi dan persoalan:


1. Aku berlegar2 di didepan KFC, mundar mandir memikirkan apa yang patut dibeli untuk mengalas perut. Jauh dari kaunter aku berdiri betul2 di sudu kiri, agar tak menghalang orang. Selepas 10 minit, keputusan diambil dan terus Q. Malangnya budak perempuan yang kebetulan Q di depan aku masih lagi buntu dan termangu2 nak beli apa. Dan setelah sampai turn budak tu,pesanan yang di inginkan tiada. Dang! Dia tersenyum dan kemudian berfikir lagi. buang masa. Setelah 2 minit tercegat buat aksi manja2 anjing, “ takpelah..saya tak jadi order”. mungkin aku patut suggest kat dia berdiri di sudut kiri pikir kembali apa patut dibeli.

2. Duduk makan2 di shopping complex, juga restaurant makanan segera (patut semakin gemuk..asyik melantak fast food), betul2 sebelah meja dipenuhi remaja berbilang bangsa yang amat2 tak menghormati hak awam orang lain. Memekak seolah berada di kedai mamak. Sama juga keadaan di dalam LRT, membuat bising sudah menjadi kebiasaan. Tidak menghormati orang lain dan hilangnya sifat malu dalam diri sudah menjadi budaya. Sebati dalam diri.

3. Masih mencari2 identiti sendiri di dalam blog. Mahu jadi seperti si berani, si skema atau si gila. Masih terpusing2 mencari jawapan. Last2 pening. Jadi diri sendiri la.

4. Golongan yang kuat, kaya dan berkuasa menindas yang lemah, miskin dan tak punya apa2. Adilkah semua yang berlaku? Layakkah sebagai seorang hamba, manusia menuduh dunia ini tidak adil? Marahkan takdir? Menyalahkan Pencipta ke? Astagfirullah.

5. Tangan, kaki, perut sejuk. otak mengecut. behenti menulis dan berfikir. mahu pulang.

Mar 21, 2011

Alahai..Alahan


Pandang kiri pandang kanan okey nekad nak menaip juga untuk entry kali ni. Alhamdulillah kesihatan bagus. Cuma betul2 sibuk semenjak dua menjak ni ditambah pula keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Sekarang ni setiap masa asyik dengar pasal orang bersalin dan mengandung. Sampai jadi takut. Sekejap rasa ok sekejap rasa tak. Majority cerita2 yang didengar semuanya mengerikan. Yelah pengalaman pertama kali. Hari ni genap 4 bulan baby dalam perut. Harap2 baby sihat.



Next week baru pergi check dekat klinik ibu mengandung Sri Rampai. Oleh sebab pack sangat kat sana so memang nurse yang decidekan date appointment. Bila tenguk perut sendiri, raba2 macam perut aku ni kecik je lagi. macam tak da isi pon ye. Takpelah padan la kot dengan size aku skang ni kan. Kalau boleh nak perut kecik2 je, biar senang nak bersalin nanti. Jangan la jadi apa2 yang buruk masa aku bersalin nanti. Takut.


Dalam hati sekarang just takut je. Pagi tadi MrHusband tanya bila waktu sesuai nak beli barang2 baby. Kelakar pulak. Then masa dalam Putra terfikir yang hidup aku akan berubah tak lama lagi. dah nak jadi seorang ibu. Lain pengertiannya. Kena tunjukkan contoh yang baik, tak da lagi perangai budak2 yang tak senonoh.


Dah masuk 4 bulan ni, asyik nak buang air kecil je. Tak tahan betul. Yang buat jadi geram bila sikit je air kencing yang keluar. Penat taw jalan jauh ke tandas. Mujur la keadaan office yang ok. So bebas la nak kesana kemari.


Semenjak mengandung aku memang agak kerap demam. Cepat sejuk kaki tangan dan lapar. Bila demam yang rasa nak menangis sangat2. Dalam otak aku kawan2/sedara mara pesan jangan makan panadol dan amik ubat yang bukan2. So aku memang tak berani langsung sentuh ubat2 even paracetamol. Last time aku demam tahap kritikal dan tak larat sangat finally end up dengan jumpa doctor yang betul2 membantu. Yang provide consultant untuk ibu mengandung juga. So dengan senang hati aku makan paracetamol. Tapi terkawal la. Cuma nak elokkan demam je.


Then, dari apa yang aku paham cakap dengan doctor tu ialah, body aku jenis yang tak boleh amik folid acid sebab folid acid tu hasilkan acid yang berlebihan dalam badan aku tu sebab aku muntah dengan teruk sepanjang hari. Doctor nasihatkan aku makan roti bakar dan air barli(aku tak suka ok tapi kena minum jugak) and try to avoid nasi for lunch mahupun dinner. Banyakkan makan epal sebab yang tu je buat aku tak muntah. Kita kena paham body kita, apa yang ok dan apa yang body reject. So till now, alhamdullillah berkesan cara doctor ni.






Mar 3, 2011

Aku rindu..sayang kamu...


Sekarang aku betul2 rindukan:


1. Rindu nak makan ramai2 macam masa diploma and degree dulu. Bila pas asar je masing2 akan turun ke cafe beli makanan untuk makan ramai2. Masa degree aku addicted laksa kat cafe melati, masa zaman diploma dulu aku ketagihan makanan kat kolej lama. Nasi lemak semua la. Cafe mak minah.

owh meleleh air lur tiap kali tgk.

2.       Rindu kat abah. Rindu nak tanya aku cantik tak pakai baju camni? Yah makin kurus ke makin gemuk? Rindu nak ajak abah bergurau. Tapi tak mungkin dapat dah.
3.       Rindu nak berkumpul satu family. Makan ramai2 dan buat BBQ. Masing2 akan buat tugas masing2. Suasana rumah yang bising. kalau dah sorang kat Sabah, sorang kat Sarawak macamana semua nak ada?

4. Rindu nak makan keropok lekor. Rindu nak makan pisang goreng.
kemain suke makan ni smenjak pregnant


lazat2..nak makan waktu pagi, petang, tghari, malam, tgh malam

5.       Rindu kat kawan2 baik aku. Group mayonees. Rindu nak lepak sama2. Outing sama2.
6.       Rindu kat Oyen, kat Grey, kat Panda, kat Limau, kat Comel, kat Kera.

kalau kucing dirumah berwarna warni

7.       Rindu kat kehidupan yang lama, yang tenang, yang tak perlu terburu2, yang yakin dengan setiap keputusan, yang percaya semua akan berakhir dengan mimpi indah. –mengarut-

ok dah banyak sangat. simpan je rindu ni. sekian.