Nuffnang BH

Jan 24, 2011

tekanan yang menekan


Hari yang aku benci. Isnin. Minggu ni mulakan kehidupan yang betul2 menyampah. Kesihatan yang kurang mengizinkan. Layanan dari orang sekeliling yang menjengkelkan, tekanan kebosanan yang melampaui tahap kesabaran dan kejutan2 yang datang tak putus2. Risiko atas setiap perbuatan dan keputusan yang di ambil betul2 buat aku hilang arah.


Cukup. Aku benci bila diri tertekan. Aku tak suka keadaan menguasai diri aku. aku lebih suka menguasai.

Ok. Ramai yang setuju yang mereka bencikan hari isnin. Sebab hari sebelumnya adalah ahad. Hari untuk berehat dan bersuka ria. Hari yang penuh dengan kegembiraan. Sebab tu bila isnin muncul segala kegembiraan diragut dengan kasar. Owh pedih terseksa.

Semasa zaman sekolah dulu, isnin amat dinanti. Hari ahad terasa panjang sangat. hari isnin la hari untuk berjumpa kawan2. Hari penceritaan sedunia apa yang berlaku pada hujung minggu, apa yang telah dibeli dan tempat2 yang menarik yang telah dikunjungi.

Bagi orang dewasa yang telah bekerja isnin tidak lagi menerujakan. Ceh cakap macam aku sangat dewasa je. Kan bagus tempat bekerja bagi kupon atau point yang dikumpul dan boleh ditebus pada hujung bulan jika hadir pada hari isnin. Pastu dapat voucher makanan, tak pon hadiah ape2 la.

Kan heaven.

Jan 19, 2011

tiada 'Paksaan' dalam Islam

Salam kepada sesiapa yang membaca;


Hidup ini sangat pelik. Manusia terlalu banyak yang lupa diri, kurang didikan agama dan terlalu berani. Pemikiran dan idea yang kadang-kadang menyimpang jauh dari pegangan agama. Tadi jalan2 baca entry blogger lain. Mula2 membaca hati kecik kata ok, bagus blogger ni. Dia ada prinsip yang dia pegang dalam hidup. dari segi penulisan semuanya ok. Sampailah satu entry yang buat aku rasa kecewa. Ya pada mulanya aku berniat nak jadi follower dia, menjadi follower bukanlah sebab aku setuju dengan apa yang dia tulis tapi sekadar nak tahu idea2 dia tentang isu semasa. Mungkin separuh apa yang diutarakan aku setuju dengan dia, tapi bila dia comment bab agama aku mula membantah.

Kalau aku letak link kat sini confirm semua akan kata ya, “ saya juga follower 2 orang blogger ni”. Ramai pengikut sebab setiap entry mendapat respons yang tinggi dari pembaca. Owh frust. Kenapa blogger yang sebijak ini, yang dikurniakan kelebihan untuk influences people from their writing ditakdirkan mempunyai fikiran dan kepercayaan yang aku fikir dan yakin salah. Isu yang biasa didebatkan adalah tudung. Isu aurat. Ya saya tahu apa itu kebebasan. Bertudung atau tak itu hak anda. Kata mereka/ramai orang isu bertudung adalah isu sensitive. Suka hati mereka untuk bertudung atau tak. Tapi bagi aku bila namanya kau adalah muslim, umat yang mengaku islam. Bilamana anda memilih dan diberi hidayah untuk memeluk islam anda harusla menutup aurat. Tiada pilihan untuk mendedahkan aurat atau menyalahkan takdir yang anda belum menerima hidayah. Sampai bila nak salahkan orang lain untuk kekurangan diri sendiri? atau salahkan takdir?

“tiada paksaan dalam Islam”. Betul. tiada paksaan untutk mememluk islam. Sebab atas dasar tu manusia/umat islam selamba badak buat apa yang mereka. Ya Islam tak paksa so aku bebas walaupun aku mengaku islam. Tapi harus di ingat, sekali melafaskan yang kita adalah umat islam maka kita wajib mematuhi setiap larangan dan suruhan Nya. Owh membebel seperti ustazah macam aku baik sgt. Tidak aku juga kadang2 terlepas pandang, pandang remeh bab2 hukum. Tapi aku sentiasa berdoa yang aku tak kan diduga untuk semua ni. Aku tak nak anak aku nanti tak pakai tudung, perangai cam sial dan macam2 lagi. biarlah keturunan aku biasa2 aja. Dan sudah pasti menjadi cemerlang dalam bab agama.

Dah lama aku pendam saja pendapat aku tentang isu tudung, dan aku jd marah bila blogger tu comment yang tudung hanyalah sekadar pakaian. Ya pakaian yang melambangkan siapa kita. Dan menutup anggota badan menggunakan pakaian adalah kewajiban kita. Bila jatuh hukumnya wajib secara automatik kalau tak buat kau dapat dosa.

Aku tak sanggup nak cakap, itu hak kau, atau itu kubur kau, kau yang tanggung. Sebab kita adalah bersaudara, sesama islam aku just harap sesiapa yang tak pakai tudung mula menutup aurat. Mungkin orang akan jawab , buat apa pakai tapi tak ihklas. TAPI bila kau start bertudung Allah tahu niat korang. Mungkin sekadar mencuba, dan mungkin kita tak sedar hidayah yang mungkin datang bila kita mencuba. Aku banyak belajar bila lihat jenazah abah dulu. Bila manusia tu mati amalan semasa hidup je yang menemani kita. Takut perasaan tu bila kita takda amalan semasa hidup. memikirkan kita akan berseorangan bila dalam kubur.

Maaf kepada sesiapa yang terasa. aku juga banyak kekurangan. sikit sangat ilmu di dada. Aku berdoa pembaca2 yang aku anggap seperti adik beradik aku sekurang2nya berfikir tentang apa yang aku tulis ni. Moga korang dibukakan pintu hati, akal fikiran untuk berubah. Sekian.

Jan 6, 2011

buli.

bila sekali kena buli aku sabar lagi. bila kali kedua buli aku diam lagi. sebab aku budak baru. tiltle pon tak ada. so korang boleh senang lenang nak buli. campak aku kesana kemari. macam sampah. korang tahu tak perangai korang tu macam sial. lebih keji dari binatang. pernah tak korang respect hidup orang lain? mentang-mentang korang tu kaya, berkedudukan, berkuasa korang lupa daratan. apa kau fikir orang bawahan tak perlu dihormati? tak ada perasaan? tak ada maruah?

kau ingat sikit. hidup ni tak selalu bagus. langit tak selalu cerah. tak selalu berada di atas. terfikir tak yang satu hari nanti korang juga akan mati? kenapa kau orang nak menyusahkan aku yang hidup tak berapa lama ni? jangan ada yang mati excident tak pun mati dibunuh dah la.

sabar aku ada hadnya. sabar aku dah hampir-hampir sampai ke penghujungnya. jangan aku hilang sabar. memang buruk akibatnya.

Jan 4, 2011

AzAm

 Tadi ada kawan fowardkan yg ni.bagi yang tak da idea nak azam apa pada tahun baru ni boleh buat rujukan dan best untuk renungan. renung-renungkan dan selamat beramal.


love no 2 and 6


love all


 family is number ONE, family is important


enjoyzzzzzzzzzzz

pemergian..kehilangan abah

berat jari nak menekan keyboard laptop berat lagi hati nak menerima kehilangan dalam kehidupan aku baru2 ni. kehilangan insan yang teramat penting dalam hidup aku. hilangnya satu permata yang tak mungkin ada penggantinya. perginya takkan kembali lagi. tanggal 29 Dec 2010, merupakan tarikh yang cukup menyentap jiwa raga bila abah telah meninggalkan kami selama-lamanya. kematian abah agak mengejut. ya memang abah dah lama menderita sakit tapi malam tu abah nampak sihat. abah masih berselera untutk makan. agak terkilan kerana aku tak dapat berada di sisi abah semasa saat kematian abah. masih terbayang dan terasa dia ada bersama kami. walaupun abah garang dan kadang-kadang buat kami adik beradik rasa jauh hati tapi rasa sayang tu tetap menggunung tinggi.

semasa hayatnya, arwah seorang yang sangat mengagungkan tetamu. tak kira siapa pun yang datang kerumah pasti akan dilayan sebaik mungkin. pantang ada yang kurang arwah akan cepat-cepat menambah atau membeli yang baru. dulu, masa kecik-kecik aku selalu makan hati bila abah lebihkan orang luar dari anak-anak. bila sedikit besar aku mula paham kenapa abah begitu. bila tetamu datang kerumah bermakna makan besar untuk kami sekeluarga. masa itulah abah akan beli pelbagai lauk. ada ayam, daging, sotong dan macam-macam lagi. tujuannya satu; biar tetamu yang datang berpuas hati dengan layanan kami.

arwah juga seorang yang penyayang cuma arwah tak pandai tunjukkan. arwah lebih terkenal dengan kegarangannya. mana tak nya, dari kecik semua adik beradik arwah di ajar ilmu silat. abah adalah guru silat tapi pelik abah agak berat hati nak menurunkan ilmu persilatan kepada anak-anak sendiri. abah lebih senang melatih orang luar berbanding kami. mungkin kami adik beradik tidak menunjukkan minat yang mendalam. yang pernah belajar ilmu pertahanan diri pun cuma aku dan adik yang bongsu. itu pun sekadar untuk sukan. silat olahraga. pernah juga beberapa kali abah dijemput untuk majlis bukak gelanggang, menjadi jurulatih dan ape sahaja yang berkaitan dengan persilatan abah mesti bersemangat.

kepantangan abah bila mak atau anak-anak masuk ke dapur adalah kebersihan. abah tak suka bila memasak atau berada di dapur tapi rambut tidak disikat atau diikat rapi. jika ada rambut yang tak sengaja terjun dalam makanan dan lebih malang abah yang terjumpa pasti abah akan berhenti makan pada saat itu dan terus cuci tangan. abah geli katanya. kami sentiasa berjaga-jaga takut dimarah abah. bebelan nya boleh tahan pedas. abah juga akan marah kalau kami mencuci pinggan mangkuk dengan kurang cermat. arwah tak suka bila cawan/pinggan kaca berlanggar antara satu sama lain. kasar katanya.

arwah memang suka manjakan cucu-cucunya. kalau kami adik beradik semasa kecik jarang di ajaknya melepak makan breakfast di kedai bersama, tapi kalau cucu memang tak payah mintak pon arwah dah bawak. hurmm jeles-jeles. cucu-cucu selalu menang bila nak pilih siaran TV, cucu-cucu selalu dapat duit raya, cucu-cucu yang selalu dicium, bila abah nak cium semua lari. abah ada misai, tu sebab cucu-cucu geli bila abah cium. hahhahahah. anak-anak cikgu yang mak jaga pon rapat dengan abah. macam atuk sendiri. sikit-sikit nak bawak jajan untuk atuk. sekarang bila atuk tak de semua tanya-tanya mana atuk, kenapa tak bawak atuk pergi hospital, kenapa tak rawat atuk. sedih Allah je yang tahu.

sekarang yang tinggal hanya kenangan. gambar-gambar abah, video abah, baju-baju dan barang simpanan peribadi abah. aku doakan abah tenang disana. abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. setiap yang hidup pasti akan mati. dan aku semakin redha belajar menerima apa itu kehilangan.

Al-fatihah.