Nuffnang BH

Dec 22, 2011

kenapa jadi orang lain bukan kita sendiri

Penyakit senget aku dah menyerang. Aku taip entry panjang-panjang idea mencurah-curah pastu aku delete sebab rasa macam tak best je. Then taip benda baru. Aish geram-geram. Dari pagi tadi aku duk ngantuk-ngantuk dalam train aku terpandang makhluk perempuan. Ok memula aku perhati muka dia. Kulit dia agak bermasalah and dia pakai make up. Sian kulit muka dia lemas tak bernafas. Pastu tengok-tengok lagi sambil menyamar sapu-sapu mata macam ngantuk la konon. Jahat betul tengok-tengok orang. La baru perasan dia tindik hidung. Ok ingat cantik kot.  Tak pa hidung you bukan hidung i. Teliti sampai la ke hujung kaki, eh dia pakai cincin macam oaring india tu. Dia pakai kat jari kaki. Dan aku mula nak muntah.

Kasihan sangat dengan orang yang macam ni. Kenapa kena lari dari identity sendiri. i mean you dilahirkan islam, berbangsa melayu kenapa nak pakai macam nak jadi orang lain. Diri tu tak cantik ke sampai nak tiru orang lain. Tak cakap makhluk perempuan tu je. Tengok jela kat luar tu ramai sangat yang nak jadi orang lain.
Berpada-pada la. Memang tak kan sempurna manusia tapi janganlah tersasar jauh sangat. tersasar sket senang nak patah balik, kalau sasar jauh sangat takut sesat lak. dengan skirt pendek, baju yang nipis, rambut karat. Owh. Saat ni aku terus berdoa supaya keturunan ku, sahabat-sahabatku, umat Islam semua jauh dari melakukan benda-benda yang aku sebut tadi. Nauzubillah.

Ya aku pun tak lari dari kekurangan menutup aurat tapi aku sedang cuba dan belajar. Elak kan diri dari buat dosa free. Cer bayangkan kat akhirat t kena seksa sebab tayang peha, tayang rambut, tayang semua tu. Eh tak nak bahagia akhirat ke?

Dec 19, 2011

ini cerita baby demok

Tak nak cerita panjang berjela.. biar gambar bercerita..

ikhwan hafeez b Zamri..3 bulan setengah..

panas selalu budak demok ini

seksi kan3

tidur mesti bukak mulut

panas la mama


owh gelap lak anak aku

besar kan lengan dia

jadi anak soleh taw

mama penat oi dukung kamu lama2

ni dia selalu buat hahhaha

tidur lena 


ok..pipi labuh





ok cerita dah tamat.

MAke up dan conteng-conteng muka

Salam..dedulu aku boleh membebel dan bercakap tanpa henti walaupun mengarut untuk puaskan hati. Tapi sekarang bila 2 baris ayat mula la jari ketar-ketar nak taip macam pompuan kena Parkinson. Apekejadnya semua ini. Arghh sakit hati. Ok tadi beborak dengan kawan-kawan pasal make up. Sesiapa tak suka make up sila angkat tangan..saja Tanya..tak peduli pun suka make up ke tak..eh annoying nyer perangai. Ok silap-silap. Tanya lagi sekali..sesiapa suka make up tapi tak reti make up macam saya? Sila angguk saja..angkat tangan pun tak guna sebab aku tak Nampak. Gila gamaknya. Dalam otak dah plan dapat je gaji kali ni aku nak beli bedak compact baru, nak beli lip balm baru (sebelum ni xpernah beli rembat orang punya). Dan baru tersedar dah lama gila tak beli perfume. Owh kurang sifat pompuannya bila semua ni tak ada. Sedih.

Tamau janji dulu sebab macam last month konon-konon berazam nak beli bagai at the end duit untuk beli dah terbeli makanan..lol. harap sahaja bulan ini tabah tidak digoda dengan makanan lagi. Kasihankan muka ini Nampak huduh je hari-hari bila keluar bekerja. Yang untung mestilah perut. Cis.

Risau jugak bila dah kahwin penampilan agak kurang senonoh ni. Laki senang la, pakai baju smart sket xpayah calit-calit sembur perfume sebotol keluar rumah. Tapi pompuan kalau buat macam tu alamatnya terhasillah muka pompuan yang tak mandi pagi. Kenapa ye lelaki tak payah pakai bedak, gincu, celak bagai bila nak keluar rumah? Yang pompuan kena la berhias sikit atleast pakai celak nak elak orang pengsan tengok muka macam hampes..aku la tu.

Ok aku bebel nak berhias bukan untuk siapa pun untuk suami jugak. Sebab aku perasan je tiap kali laki aku selisih dengan pompuan lain mesti mata dia tengok je. Ah benci sakit hati, walau pompuan tu tak de lah sexy pun tapi still dia pandang. Macam mental lak aku kan..peduli apa. Moga berpahala jugak akhirnya. insyaAllah. 

Dec 14, 2011

cerita cinta Elysa


Semalam laki i excited nak tengok episod last cinta Elysa. punya la excited jerit-jerit suh tengok kebetulan masa tu i duk dalam bilik tengah gomol budak demok si ikhwan. Ok cite start masing-masing try menghayati jalan cerita. Tetiba aku gelak sekuat hati bila scene si aril ni sedih sob3 sebab dia ingat fasha sanda dah tinggalkan dia. 

Siap dengan note kat cermin dia tulis guna lipstick. Bukan la aku gelak sebab skrip dia. Tapi aku gelak sebab ekspresi muka si aril ni. Punya la lawak. Rasa nak pelempang je bila dia wat muka sedih. Tak kena kot. Watak ganas samseng leh kot wta muka camtu. Sudahnya masa scene konon-konon sedih tu aku gelak terbahak-bahak.

Dan harini bila ingat semula muka dia aku terusan bergelak. 

Dec 13, 2011

lanjutan Entry Ramly Burger - DNA Khinzir

Kalau ada sesiapa ada sesiapa baca entry pasal product Ramly kebanggaan Melayu aku tulis pagi tadi. Aku dah dapat jawapan setelah aku forward pada suami aku. dia kata itu ada fitnah semata-mata beserta jugak lampiran bukti dibawah.






Aishhh geleng kepala bila jadi cmni. So kepada penguna diluar sana. Gunakan kebijakkan anda membeli belah. Bab makanan penting sebab jadi darah daging, dan tak bermaksud bab lain tak penting ok. moga terjaga dari sesuatu yang menyesatkan. Amin.  

Franfruktur Lembu Ramly pakai DNA Khinzir..


Astagfirullah. Elok tadi selepas lunch dapat email dari kawan aku. Ok sangat terperanjat memula xnak percaya tapi sedikit goyah bila baca surat-surat yang dilampirkan. Apa nak jadi la kan. Selama ni aku beli je product diorang ni even sedikit mahal sebab rasa dia yang sedap skit berbanding brand lain. 

Lagi satu ni company melayu; atas nama MELAYU la aku tolong majukan dengan membeli produk mereka.Tapi kalau dah timbul isu halal haram ni. Mula la takut dan elakkan lah membeli.

Pada sesiapa yang dapat sahihkan berita ni tolonglah bagitahu yer. Kalau dah dalam frankfurter pakai DNA Khinzir camne dengan daging burger, nugget, dan seangkatan dengannya. Yerk...





Dec 8, 2011

let's kick off

Selamat pagi semua. Harap sentiasa sihat ceria dan bergembira selalu. Bersyukur sebab masih bernafas. Dah sedekahkan doa untuk ibu bapa? Dah selawat ke atas nabi? Kalau belum buat dulu ok.  Harini sampai office bukak email dan mata terus tertumpu pada email client yang satu ni. Terus senyum dan otak berlegar-legar. Email kat bawah ni la.

Ha terus teringat jersi Harimau Malaya warna kuning itu. Dari dulu memang teringin nak membeli dan memakai tapi tak tercapai. So sekarang ada la alasan nak beli dan pakai. Wah kena bawak camera on that day. Nak tangkap gambar semua orang. Mesti ceria la weh. Beshh. 

Dec 6, 2011

Puasa Asyura di Bulan Muharram

Puasa yang disunatkan:

Disunatkan puasa 6 hari pada bulan Syawwal3 hari pada setiap bulan (yang afdhal yaitu tanggal 13, 14 dan 15; disebut shaumul biidh), hari Senin dan Kamis, 9 hari pertama bulan Dzul Hijjah (lebih ditekankan tanggal 9, yaitu hari Arafah), hari 'Asyura (tanggal 10 Muharram) ditambah sehari sebelum atau sesudahnya untuk mengikuti jejak Nabi dan para sahabatnya yang mulia serta menyelisihi kaum Yahudi.


KEISTIMEWAAN BULAN MUHARRAM

Keutamaan Bulan Muharram dan Hari Asyura
Dari: www.eramuslim.com
Kiriman: Ari Sukarno

Muharram adalah bulan di mana umat Islam mengawali tahun kalender Hijriah berdasarkan peredaran bulan. Muharram menjadi salah satu dari empat bulan suci yang tersebut dalam Al-Quran. "Jumlah bulan menurut Allah adalah dua belas bulan, tersebut dalam Kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Di antara kedua belas bulan itu ada empat bulan yang disucikan."

Keempat bulan itu adalah, Zulqaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab. Semua ahli tafsir Al-Quran sepakat dengan hal ini karena Rasululullah Saw dalam haji kesempatan haji terakhirnya mendeklarasikan, "Satu tahun terdiri dari dua belas bulan, empat di antaranya adalah bulan suci. Tiga di antaranya berurutan yaitu Zulqaidah, Zulhijjah, Muharram dan ke empat adalah bulan Rajab."

Selain keempat bulan khusus itu, bukan berarti bulan-bulan lainnya tidak memiliki keutamaan, karena masih ada bulan Ramadhan yang diakui sebagai bulan paling suci dalam satu satu tahun. Keempat bulan tersebut secara khusus disebut bulan-bulan yang disucikan karena ada alasan-alasan khusus pula, bahkan para penganut paganisme di Makkah mengakui keempat bulan tersebut disucikan.

Pada dasarnya setiap bulan adalah sama satu dengan yang lainnya dan tidak ada perbedaan dalam kesuciannya dibandingkan dengan bulan- bulan lain. Ketika Allah Swt memilih bulan khusus untuk menurunkan rahmatnya, maka Allah Swt lah yang memiliki kebesaran itu atas
kehendakNya.

Keutamaan Bulan Muharram

Nabi Muhammad Saw bersabda, "Ibadah puasa yang paling baik setelah puasa Ramadan adalah berpuasa di bulan Muharram."Meski puasa di bulan Muharram bukan puasa wajib, tapi mereka yang berpuasa pada bulan Muharram akan mendapatkan pahala yang besar dari Allah Swt. Khususnya pada tanggal 10 Muharram yang dikenal dengan hari 'Asyura.

Ibnu Abbas mengatakan, ketika Nabi Muhammad Saw hijrah dari Makkah ke Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi di Madinah biasa berpuasa pada tanggal 10 Muharram. Menurut orang-orang Yahudi itu, tanggal 10 Muharram bertepatan dengan hari ketika Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan dari kejaran bala tentara Firaun dengan melewati Laut Merah, sementara Firaun dan tentaranya tewas tenggelam.

Mendengar hal ini, Nabi Muhammad Saw mengatakan, "Kami lebih dekat hubungannya dengan Musa daripada kalian" dan langsung menyarankan agar umat Islam berpuasa pada hari 'Asyura. Bahkan dalam sejumlah tradisi umat Islam, pada awalnya berpuasa pada hari 'Asyura
diwajibkan. Kemudian, puasa bulan Ramadhan-lah yang diwajibkan sementara puasa pada hari 'Asyura disunahkan. 
Dikisahkan bahwa Aisyah mengatakan, "Ketika Rasullullah tiba di Madinah, ia berpuasa pada hari 'Asyura dan memerintahkan umatnya untuk berpuasa. Tapi ketika puasa bulan Ramadhan menjadi puasa wajib, kewajiban berpuasa itu dibatasi pada bulan Ramadhan saja dan kewajiban puasa pada hari 'Asyura dihilangkan. Umat Islam boleh berpuasa pada hari itu jika dia mau atau boleh juga tidak berpuasa, jika ia mau." Namun, Rasulullah Saw biasa berpuasa pada hari 'Asyura bahkan setelah melaksanakan puasa wajib di bulan Ramadhan.

Abdullah Ibn Mas'ud mengatakan, "Nabi Muhammad lebih memilih berpuasa pada hari 'Asyura dibandingkan hari lainnya dan lebih memilih berpuasa Ramadhan dibandingkan puasa 'Asyura." (HR Bukhari dan Muslim). Pendek kata, disebutkan dalam sejumlah hadist bahwa puasa di hari 'Asyura hukumnya sunnah.

Beberapa hadits menyarankan agar puasa hari 'Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari 'Asyura. Alasannya, seperti diungkapkan oleh Nabi Muhammad Saw, orang Yahudi hanya berpuasa pada hari 'Asyura saja dan Rasulullah ingin membedakan puasa umat Islam dengan puasa orang Yahudi. Oleh sebab itu ia menyarankan umat Islam berpuasa pada hari 'Asyura ditambah puasa satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya (tanggal 9 dan 10 Muharram atau tanggal 10 dan 11 Muharram).

Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk banyak bersedekah dan menyediakan lebih banyak makanan untuk keluarganya pada 10 Muharram. Tradisi ini memang tidak disebutkan dalam hadist, namun ulama seperti Baihaqi dan Ibnu Hibban menyatakan bahwa hal itu boleh
dilakukan.

Legenda dan Mitos Hari 'Asyura

Meski demikian banyak legenda dari salah pengertian yang terjadi di kalangan umat Islam menyangkut hari 'Asyura, meskipun tidak ada sumber otentiknya dalam Islam. Beberapa hal yang masih menjadi keyakinan di kalangan umat Islam adalah legenda bahwa pada hari'Asyura Nabi Adam diciptakan, pada hari 'Asyura Nabi Ibrahim dilahirkan, pada hari 'Asyura Allah Swt menerima tobat Nabi Ibrahim, pada hari 'Asyura Kiamat akan terjadi dan siapa yang mandi pada hari 'Asyura diyakini tidak akan mudah terkena penyakit. Semua legenda itu sama sekali tidak ada dasarnya dalam Islam. Begitu juga dengan keyakinan bahwa disunnahkan bagi mereka untuk menyiapkan makanan khusus untuk hari 'Asyura.

Sejumlah umat Islam mengaitkan kesucian hari 'Asyura dengan kematian cucu Nabi Muhmmad Saw, Husain saat berperang melawan tentara Suriah. Kematian Husain memang salah satu peristiwa tragis dalam sejarah Islam. Namun kesucian hari 'Asyura tidak bisa dikaitkan dengan peristiwa ini dengan alasan yang sederhana bahwa kesucian hari 'Asyura sudah ditegakkan sejak zaman Nabi Muhammad Saw jauh sebelum kelahiran Sayidina Husain. Sebaliknya, adalah kemuliaan bagi Husain yang kematiannya dalam pertempuran itu bersamaan dengan hari 'Asyura.

Anggapan-anggapan yang salah lainnya tentang bulan Muharram adalah kepercayaan bahwa bulan Muharram adalah bulan yang tidak membawa keberuntungan, karena Husain terbunuh pada bulan itu. Akibat adanya anggapan yang salah ini, banyak umat Islam yang tidak melaksanakan pernikahan pada bulan Muharram dan melakukan upacara khusus sebagai tanda ikut berduka atas tewasnya Husain dalam peperangan di Karbala, apalagi disertai dengan ritual merobek-robek baju atau memukuli dada sendiri.

Nabi Muhammad sangat melarang umatnya melakukan upacara duka karena meninggalnya seseorang dengan cara seperti itu, karena tindakan itu adalah warisan orang-orang pada zaman jahiliyah.
Rasulullah bersabda, "Bukanlah termasuk umatku yang memukuli dadanya, merobek bajunya dan menangis seperti orang-orang pada zaman jahiliyah."

Bulan Pengampunan Dosa

Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalender Islam. Kata Muharram artinya 'dilarang'. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan pertumpahan
darah.

Seperti sudah disinggung di atas, bahwa bulan Muharram banyak memiliki keistimewaan. Khususnya pada tanggal 10 Muharram. Beberapa kemuliaan tanggal 10 Muharram antara lain Allah Swt akan mengampuni dosa-dosa setahun sebelumnya dan setahun ke depan. (Tarmizi)(ln/Islamicity)

Dec 5, 2011

kamu tahu tak?

1.       Kambing biri-biri yang gemuk kat New Zealand tu yang bulu tebal tu tiada gigi di bahagian atas. Cuma gusi je..gigi semua kat bawah.

2.       Semut yang kecil itu boleh mengangkat beban yang berat 50 kali dari berat badannya.

3.       Siput boleh tidur selama 3 tahun lamanya.

4.       Burung unta dapat hidup sehingga umur 50 tahun dan boleh mencapai berat badan sehingga 150kg beratnya.

5.       Sperma tikus lebih besar dari sperma gajah.

6.       Buaya tidak boleh menjelirkan lidahnya.

7.       Unta memiliki 3 lapis kelopak mata.

8.       Kelawar selalunya membelok ke kiri bila keluar dari gua.

*rindu nak mati kat kucing-kucing di kampung. (*_*)

Nov 29, 2011

Kecintaan baru


Untuk buat hidup menjadi indah bagai dunia aku yang punya aku amatlah perlu cari sesuatu yang boleh membahagiakan kehidupan. Sesuatu itu haruslah manis, sejuk, dan menyegarkan minda. Dan pastinya sesuatu itu ialah makanan. Setelah berpenat lelah mengharungi kehidupan penuh ranjau, macam di zaman perang aku betul-betul terdesak cari sesuatu yang boleh buat aku bersemangat sekuat tiger. Hiihih

So kalau dulu aku pernah jatuh cinta dengan si bulat yang comel..donut Big Apple..tapi kini kecintaan aku beralih arah kepada..

Jeng..






Jeng..







Jeng..








Jeng..



Ini dia, Cool Blog..


Dengan perisa kegemaran OreoCrush ditambah topping rainbow, segalanya mampu kuharungi. Amboi bila cerita bab makan ni semangat macam tengkok bola, harimau muda pulak. 

Nov 25, 2011

makhluk: haruskah kau tiada di muka bumi ini

xbole bunuh2 okes..

Tadi kawan aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia. Masalah kami sama so memang kena la buku dengan ruas (entah aku lupa peribahasa, tak taw betul ke x). Masing-masing meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Memang ada sesalan. Sesal kenapa semua terjadi. ada salah kat mana-mana ke? Kelemahan dalam hidup ke? Puas fikir sampai effect kehidupan seharian. Sumpah kalau membunuh tu dibenarkan dalam islam dan Negara memang dah lama aku membunuh. Naluri karnivor/pendendam membuak-buak.  Aku dah duduk, tarik nafas dan berfikir habis-habisan. End up dengan solution paling simple. Angkat bontot dan jangan campur urusan makhluk yang aku tak suka tu. Walaupun dia darah daging aku sendiri.

Air mata, tenaga, perasaan aku terlalu mahal untuk aku bazirkan untuk dia. Tak berbaloi. Kalau tanya aku sayang kat dia tak? Aku akan fikir sejuta kali. Kalau bagi upah 3 juta untuk jaga dia aku akan tolak. Aku serius. Dulu aku pernah doa mintak kat Allah supaya sesorang yang penting dalam hidup aku mati cepat (sebab aku rasa keadaan AKAN jadi lebih elok) tapi sebenarnya TIDAK. Dan aku MENYESAL. Jadi aku tak nak menyesal ke dua kali. Aku doa kat Allah supaya makhluk ni berjaya dan tak susahkan sesiapa. Supaya tak ada kesesalan.

Puas aku berfikir positif tapi last-last aku fed up and give up. Banyak peluang disia-siakan. Aku tenang bila aku tak fikir tentang dia. Mungkin kalau aku tulis cerita pasal makhluk ni, then aku suh David Teoh produce jadi filem boleh laku kot. Mana taw boleh menang anugerah Skrin. Cerita air mata ni melayu suka. Meleleh air mata tengok. Nak pulak cerita anak derhaka.  Ending dia aku nak makhluk ni insaf pastu menderita 3 ke 4 tahun macam tak leh bercakap tapi leh bergerak supaya dia xsusahkan orang makan minum n berak. Pastu mati kah3.

Nov 24, 2011

orang dah kahwin paham kot entry ni..kotla

(dah ada anak aku ni..yeah)


Orang yang dah kahwin dah ada anak macam aku mesti faham entry aku tulis kali ni. Maksud aku faham ialah akan tersenyum bila apa yang aku tulis macam terkena tempias kat diri sendiri. Macam biasa, sangatlah normal blogger akan tulis based on their experience. Macam aku jugak la. Ni apa aku rasa sebelum dan sesudah kahwin.

Jimat.

Masa bercinta ingat bila berkahwin akan dapat jimat duit, masa, minyak kereta dan seangkatan dengannnya. Yelah bila bercinta kena keluar duit makan sebab makan luar, nak dating kena bawak kereta, jenjalan semua.
Dah kahwin rupanya nafsu lagi tinggi nak makan itu ini, beli tak ingat dunia dan masak kat rumah. Lenguh badan shopping barang dapur kononnya. Membazir bila tak habis makan, habis tenaga sebab bertungkus lumus nak siapkan dish sebijik macam chef dalam tivi masak, tapi rasa out.

Sentuhan Elektrik.

Bila syaitan sibuk duk hasut buat maksiat memangla tak boleh bersentuhan antara satu sama lain. Getaran nya mak aih Allah je yang tahu. Godaan tak payah cakap la. Kadang-kadang kalah gak. Mata bersinar bak mutiara, bau badan yang wangi, muka dicalit lipstick semua. tiap kali kulit bersentuhan tiap kali tu la kena renjatan elektrik. Itu yang konon-konon nak cepat kahwin ikut sunnah elak dosa.
Bila dah dapat full license nak sentuh satu sama lain, voltan letrik dah jadi slow dah. Nak-nak pas dapat anak. Feel tu dah tak macam masa bercinta. Syaitan dah tak da mood nak goda. Dah halal. Dah tak da masalah. Perfume, make up semua tolak tepi. Alasan; malas.

Suprise.

Bila tarikh-tarikh penting macam anniversary couple, birthday, tarikh kali pertama keluar dating mesti sambut. Macam WAJIB. Akan mesti dapat message jiwang, penuh dengan harapan dan doa untuk hubungan. Rasa macam bahagia dunia kami yang punya.
dah depan mata, hidup jadi separa kucar kacir, busy nak handle hidup laki bini plus anak so tarikh-tarikh yang biasa di sambut tak akan ingat dah. Nak wish pun malas. Hari-hari depan mata jadi lupa. Patutnya senang nak ingat and celebrate.

Itu jela yang aku rasa benda-benda yang dah berubah bila status aku berubah. Dari bujang jadi bini orang then jadi mak orang. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar aku dah ada anak satu. Dari ada abah aku dah tak da abah. 

Nov 18, 2011

emo di hari jumaat


Aku nak gelak betul la dengan perangai manusia yang aku jumpa sekarang ni. Aku ada bos 2 orang. Bukan la big boss but i have to report to them. so boss asked me to compile proposal and for that i’ve emailed all representative yang would like to get business. Ada la one of the company yang i kena contact ni. Because of this CEO of that company ada bau-bau bacang so nak submit proposal pun macam take for granted la. Confident like boleh dapat even they charge overprice. Bab harga lantak la sebab duit company even aku unsatisfied dengan culture diaorang bagi business kat kaum kerabat kan. 

Things that make me felt annoyed ni is tak terus terang. Dah taw lambat nak submit bebel panjang-panjang dalam email dengan harapan our department will consider la. Hurm if dengan boss 1 memang kau boleh lepas but if my boss 2, payah sikit la. Nak tunjuk power siap anta 2 orang explain why they nak postpone date nak submit proposal. hak tuihhh.

Pe eh orang klasifikasikan orang macam ni? Ke typical company malay cmni? Kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga. Aku kalau boleh nak masuk tempat kerja yang bersih. Bersih dari ‘kabel’, bersih dari kaki kipas dan duit bawah meja ni. But the thing is ada ke company macam tuh?

Lagi satu benda yang aku tak dapat terima bila communicate with senior executive. Requested data or info. Mintak isnin jumaat dapat itupun if send gentle reminder if not they will take longer than that. Bukan diaorang tak buat kerja, unfortunately they all macam buat work repetation je. Everytime mintak then baru nak update, start from A. Terfikir cara kerja diaorang; masa dapat data diaorang tak update ke? Letak tepi baru buat ke ape? Entah. Payah orang buat kerja laju dengan orang buat kerja lemah gemalai ni.  


*menyampah nak mengaku but orang gila kaki kipas selalu pegang jawatan tinggi. 

Nov 17, 2011

wahai perempuan..nak kawin?


Sebab perempuan tak mau kahwin?
1.    Dah ada kerjaya dan duit sendiri. tak perlukan suami untuk sara kos hidup dan juga shopping.
2.    Takut body figure lari. Kang termengandung and terbersalin kan dah kena diet nak kurus. Benci gemuk.
3.    Rasa lebih selesa kerana tak ada komitmen.
4.    Tak perlu masak jika malas. Kan biasa lelaki nak perempuan yang boleh masak utk jadi bini.
5.    Boleh save banyak duit sebab tak payah tolong suami bayar hutang.
6.    Tak perlu berkongsi; katil, bilik air, bla3.
7.    tak payah nak minta kebenaran nak buat apa-apa pun.
8.    Tak jumpa calon yang dikehendaki.
9.    Untuk elak kan hati disakiti.
10. Boleh tidur sepanjang hari masa hujung minggu.

Sebab perempuan nak kawin awal?
1.    Dah tak dapat kawal nafsu nak berlaki.
2.    Takut BF dirampas orang.
3.    Mak bapak suruh untuk elak maksiat.
4.    Kawan baik dah kawin so nak kawin jugak.
5.    Dah sampai seru.
6.    Kena tangkap dengan pak imam.
7.    Saja ikut trend semasa, habis sekolah terus kawin.
8.    Nak ikut sunnah.
9.    Pegang prinsip ‘ perempuan setinggi mana pun belajar, akhirnya duk kat ceruk dapur jugak’.
10. Nak lahirkan anak yang ramai. 


*entry ni tak de kaitan dgn mana2 pihak. ni semua pendapat aku je. sekian.

Nov 11, 2011

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Penat badan gila hari ni. Tak sabar nak sabtu nak rehat badan, otak bagai. Nak bersenang lenang kat rumah. Minggu ni minggu aku bertemu orang-orang pelik dalam kehidupan. Masa lunch aritu jumpa kak Maimon, pagi tadi jumpa awek Olympia, semalam jumpa lelaki gatal. Banyak-banyak orang aku terjumpa/terborak semuanya macam kebetulan aje. Ada ke kebetulan dalam kehidupan kita ni. Macam lunch aritu aku jumpa kak Maimon masa aku lunch sengsorang, aku tumpang meja dia, dan dia start cite-cite pasal kerja and sempat bagi nasihat suh kerja elok2. Suh jaga prestasi etc. ok gak atleast tak da bosan aku ngadap makanan sengsorang.

Yang aku nak cite bukan orang-orang yang aku jumpa tapi apa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap yang berlaku dah ditakdirkan, so after this takdala keluar ayat ‘eh kebetulan betul dapat itu ini’. Kebetulan jumpa seseorang. Sebab apa yang berlaku memang dah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Macam skrip cerita melayu la kan, kita tak leh mengubah takdir. Sebab skrip tu la ramai orang tak membangun. Mana tak nya sebab masing-masing guna alasan dah takdir so biar jela. Tapi Allah ada kata, tak sesiapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri. So marilah berubah. Janganlah asyik salahkan takdir aje.

Note: tadi selepas subuh aku doa mintak kat Allah permudahkan urusan hari ni, Alhamdulillah baik semuanya. Berjalan lancar. Rajin-rajinlah berdoa dan sedekahkan alfatihah pada kedua ibu bapa. 

Nov 3, 2011

Dulu aku kutip kacang; Skang Budak ni kutip baja tanaman.


Rasanya semua orang ada baca cover page metro arini. Tersengih aku sengsorang bila baca header dia. Tak da la lawak mana pun Cuma teringat aku dedulu cmtu la gak perangai. Pengutip. Hiihih Hah sekali baca berita kat metro tadi budak kecik telan baja tanaman yang disangka gula-gula. Aku sengih-sengih pun aku still rasa kesian budak tu kena operate. Sakit tu. Dengan wayar kat tangan. Aku paling benci kena macam tu. Terbayang kalau la anak aku kena alahai takut betul.

Budak tu telan banyak jugak kot, yang menakutkan ialah masa mak dia nampak anak dia telan ‘gula-gula’ tu just sebesar kacang, after few days anak dia vomit dan keluar baja tu sebesar guli. Aiyoo takut. Baja tanaman tu boleh membesar berkali ganda saiznya if rendam dalam air. Dah sangkut kat usus kecik sah2 ada air kan..

Aku kuat mengutip masa umur 5/6 tahun jugak kot baru hilang tabiat tu. Paling last aku ingat aku tengah syok duduk kat beranda rumah, melepak dengan abang aku yang no 2. Beranda rumah aku dulu beranda kayu. So ada la celah-celah kayu tu macam habuk, serpihan makanan kecil, dan macam-macam kotoran lagi. masa kecik mana amik kisah kotor ke bersih. Selamba tak pandang kiri kanan bila aku ternampak kacang kat celahan kayu tu, jari automatik kutip dan masuk mulut.

Sebelum sempat kacang tu singgah kat mulut abang aku tadi tengking sekuat hati. Amik kau, sebab terperanjat kacang tu terpelanting mana tah. Tu la last aku kutip makanan. Takut punya pasal. Pas tu aku tak mengutip dah.

adik ifti ilya Farhana


Nov 2, 2011

Kalau anda gembira buat apa?

Today hari yang menarik. Walaupun aku agak stress dengan kehidupan kat kota ni tapi kejutan hari ni buat aku tersenyum. Pagi td selepas stress pergi kedai nak beli top up, hajat di hati nak pecahkan duit rm50, tetiba aku terpilih menang gift dengan syarat terus top up kat depan cashier tu. Hadiahnya jeng3..aku dapat sebotol vanilla coke 150ml. Kelakar betul.

Teruskan perjalanan pulak naik cab, then jumpa duit rasanya ada la dalam rm 30 tak pun lebih. Dalam hati kesian tul pelanggan yang naik taxi before this sian habis duit dia. Aku pass kat uncle taxi. Tup2 sampai kat office n im asking for the fare uncle tu kata its ok, for free sebab dia bagi aku duit so dia kasik naik cab free la. Hihiih untung rm6 aku pagi ni.

Itulah namanya kehidupan. Walaupun selalu je aku kena telan benda2 pahit tapi Allah tak zalim dan bagi aku rasa jugak kenikmatan manisnya kehidupan. Yang dalam otak berlegar sekarang ialah teruskan kehidupan maju ke hadapan. Biarlah apa orang nak kata yang penting kita di landasan yang benar. 

Oct 26, 2011

bahagia..ku bahagia..kau ada?

Minggu ni minggu aku bahagia. Ada sesiapa lagi yang bahagia, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Yeah. Bahagia tu datang dari bermacam cara. Ada yang pas makan akan rasa bahagia sangat, ada yang pas shopping bahagia terlebih dan macam-macam lagi la. Bahagia aku datang dari orang sekeliling yang aku panggil kawan. Terima kasih kawan-kawan. Sebab kawan aku lebih dari 1 so ramailah. Alhamdulillah.

Semua kawan datang nak tengok anak kesayangan aku, ikhwan hafeez. Murah rezeki dia. Macam-macam orang sedekah kat anak mama. Semua puji mata ikhwan. Cantik. Menarik hati. Rasanya ikut mata abah dia kot, mata yang buat aku gila bayang dulu-dulu.

Aku masih gembira ni. Pastu ditambah gembira sebab dapat wat video call dengan mak tadi. Feeling omputeh sekejap la. Macam duk obersea la kengkonon. Ada la dalam 10 minit mengarut. Dapat tengok muka mak so lega la. Then orang kat kampung nak tengok muka ikhwan ajer..ikhwan lagik..huh hihihiihih

p/s: Suami aku pesan jangan di buang kawan yang ada. Sekian

mak terchinta & ikhwan anak mama

family yang bahagia

+
+
+
+

kawan yang memahami


Oct 25, 2011

saya baru lepas makan sotong masak kari..

Salam,

Dikesempatan anak aku tidur ni sengaja update entry. Perut tengah penuh, kenyang bebenor lepas lunch tadi. Arini gigih masak sotong masak kari. Aku ni dari kecik tak berapa minat makan kari ni. Nak masak pun tak berapa reti la. Dedulu if aku masak pun tak tengok la. Sebab memang betul-betul jarang masak. Sekarang dah susah sebab suami aku hantu kari. So nak pikat perut suami kena la belajar.

Masa aku dalam pantang dulu, mak cik tukang urut ada tanya aku pasal jahitan luka bawah masa bersalin, then aku cakaplah tiga lapis jahit. Nak kata besar, bolehlah tahan. Pastu mak aku menyampuk, cakap aku ni dari kecik kurang makan kari and rempah semua ni. So daging jadi lembik dan senang terkoyak. So pasni aku nak selalukan jugakla makan kari semua ni. Nak bagi daging kental n kenyal.. yeke? Belasah jela.

Oct 20, 2011

entry takde motif

Ni taip sebab bosan. Bosan encik suami tak balik dari office lagi so macam frust menonggeng bila jaga anak sorang-sorang. Penat tuh. nak mengarut pun takda idea. Tadi jalan-jalan kat blog orang and semak-semak mukabuku yang amat membosankan tu. Ingat nak chat dengan sapa-sapa yang online tapi apekejadahnya maghrib-mghrib orang nak layan. Orang sibuk nak solat je.

Aku? ye nak solat la ni. Takut baby terjaga and melalak so terpaksa la solat kat tepi dia ni, kat ruang tamu. Ceh macam besar je rumah tamu nak tulis kat sini.

Online sebenarnya nak tolong anak sedara applykan sekolah teknik dia, cam bengong-bengong lak sebab aku tak taw yang just boleh mintak 1 sekolah je. Sebab sekali isi and if nak apply lagik kire just update info bukan permohonan baru. Nak kena tanya semula la mana pilihan hati mak dia nak suh anak dia belajar kat negeri mana.
Ok dah la kot. Bye. Entry tak de motif.