Nuffnang BH

Dec 22, 2010

My Status in 2010

ok yang ni gua buat bila gua nampak kwn gua post application kat wall fb dia...gua secara automatik cepat try. sbb mcm meng excitedkan..setelah try ni la result dia. jeng..jeng...jeng..tu pon ada 4 pages je, kawan gua ada sampai 20 pages tu pun dia kata siket..gua yang 4 pages ni lagi la siket babe. bila baca semula memang gua gelak..aiishhhh mcm post yang sedih2 jer..




gua gembira

first sekali masa gua tulis kat blog gua sendiri ni gua nak gelak. mari gelak..hahahahhahahaha memang nak gelak, sebab tadi gua separa nak mati tiba2 tak sehat. gua siap muntah2, dalam otak dah pikir omg kalau gua mengandung macamana? aishhh tidak2 period belum lepas lagi..fiuhh selamat. pagi2 mood gua dah spoiled, gua berebut nak beli nasi lemak lauk ayam masak merah. ala kerek betul pompuan yang beli nasi dua bungkus tuh. huh. blah la. gua xheran, dan akibatnya gua sengsara sebab perut masuk angin. itu yang gua agak la.

(nasi lemak bojari ke hape gua lupa. aritu makan kat Madam Kwan..siyes sedap..)

bernafas lagi gua kali ni. syukur2. gua tak cukup rehat minggu ni, gua nak cuti tak dapat pulak. meeting je selalu. muak dah gua duk dalam bilik yang macam peti ais tu. bengang2. nasib gua dibayar gaji maka gua teruskan juga walau gua tak berapa suka.


gua bukan nak melalut dan gua bukan nak mencarut. gua sejuk dan kebetulan semua kawan2 office gua keluar meeting dan ada yang pergi client site. bos besar kat sini pulak ambil cuti. tinggal gua dan zura. wah macam pemaisuri dan raja la. hebat2. kerja gua still jalan sebab petang gua kena masuk meeting. kerja3. masa lunch tadi gua pesan mcdelivery jer..sebenarnya bukan gua yang call tapi zura, gua pesan kat dia je. apehal gua tetiba cerita mcdelivery pulak ni? gua rasa sebab selepas gua baham burger chicken mcdeluxe gua semakin sihat. alhamdulillah. kuasa Allah.

(first time gua rasa mcD sedap sgt sebab gua kebulur sangat sampai muntah2)

gua macam biasa, bila perut penuh gua akan gembira. bila gembira gua secara automatik akan buat apa gua suka. skang gua dah macam xgembira sebab tak lama lagi gua kena masuk meeting. so gua nak kena prepare apa yang patut. jangan gua tidur masa tengah meeting tu udah.
ok gua happy gua tulis lagi. adios.

Dec 15, 2010

seekor aku

seekor aku.

aku yang sedang menulis sambil berfikir apa yang patut ditulis.
aku yang dulunya tak pernah kering idea untuk buat kawan2 aku gelak kini dah separa nak mati setiap kali tulis entry. idea hilang.
aku sekarang kurang minat untuk menaip. banyak untuk dikongsi tapi mood lari jauh2 100 meter dari aku.
suasana sekarang yang kosong sekosongnya buat aku bertambah blur.

seekor aku.

aku masih lagi gagahkan diri untuk mengisi masa lapang.
entah esok, lusa, tulat, tulit aku tidak lagi merasa nikmat heaven seperti sekarang.
merasa aman untuk seketika kerana berjaya lari dari perang.

seekor aku.

jam dah hampir 5 tajam, jadi waktu pulang yang paling dinanti
otak ligat berfikir menu paling sesuai unutk santapan malam ni
tak payah masak, buang masa dan tenaga, jadi mari membeli

seekor aku.

setahun berlalu..tiada perubahan
selepas dua tahun masih begitu
tahun ketiga mungkin aku tak akan merasa heaven seperti sekarang.

seekor aku.

segalanya mungkin
segalanya pasti

Dec 13, 2010

my first try..not bad

Selama hidup 25 tahun di muka Bumi(Alhamdulilah) baru hari ni for the first time i tried makan nasi on banana leave. Ok jakun. Hahhahah. Itu pun my colleague ajak. Dengan perasaan bengong2 air bila waiter tanya mau lauk apa? Air apa? Oh my god. Serious i’m in a state of shock. Pandang kanan india, pandang kiri English man with Chinese wife, and pandang depan i saw malay man. It’s really 1 Malaysia. I order chicken fried and teh O ice. Makan ala kadar cause perut still full, morning i have heavy lunch. Nasi lemak ayam masak merah.
(kami makan dsini..at PJ..)

(xtaw la patung apa ni.)

(my lunch. tu pun semput nak habiskan)

(chicken curry, fish curry and dal)

(ayam goreng)

(after makan kena buat mcm ni - sign that food sedap)


(if terbalik other side mean makanan xsedap)

overall tempat makan bersih, open air, and ramai orang. service memang tiptop. ada jer yang tanya nak lauk ayam?sotong goreng?peria goreng?papdom? perghh. boleh refill sebanyak mungkin. eat till you drop..

p/s: jgn makan bnyk or else akan tertidur sampai besok pagi..nasib GB xde so boleh lelap2 seketika.

Dec 8, 2010

Sharing is Caring

Setiap kali selepas solat selalu berdoa walaupun pendek agar aku selalu jadi yang terbaik di mata suami aku. itulah kerisauan aku selepas bertukar status. Manusia boleh berubah. Esok baik arini jadi kurang baik, semalam sombong mungkin arini sudah ramah mesra. Kemungkinan pasti ada. Jadi atas dasar kerisauan yang tak menentu, aku akan pastikan aku sentiasa di tahap yang cemerlang walaupun tak sebagus mana. Asalkan aku berusaha, jadi bila menghadapi musibah atau kegagalan aku dah sediakan alasan untuk diri untuk tidak terlalu kecewa. Sediakan payung sebelum hujan. Semua orang mahu yang terbaik dalam hidup mereka. Aku mahu orang yang aku sayang sentiasa suka, sayang dan menghargai aku. sempena tahun baru ni aku berazam nak jadi insan yang lebih bermakna. Nak Berjaya di dunia akhirat. Dulu aku sangat excited bila cerita hal kahwin, sama excited masa aku kecik2 dulu tak sabar nak jadi dewasa. Tapi kenyataannya menjadi orang dewasa atau pun berkahwin bukanlah seindah atau semudah yang disangka. kena tipu da. Payah doh. Bila dewasa kena pikul tanggungjawab, dah berkahwin pun sama. Besar sangat. dulu fikirkan diri sendiri sekarang dah berdua. OMG. Bila dua manusia yang berbeza tinggal bersama pasti akan ada konflik. Paling simple aku boleh bagi contoh ialah berkongsi barang harian bersama. Dulu guna sorang-sorang, now dah kena kongsi. Bukan senang ok. Terima hakikat. Kena jadi fast learner dan ikhlas untuk terima perubahan yang agak besar. So sempena maal hijrah ni, memang kena sangat la waktunya. Berubah menjadi orang baru.

Dec 3, 2010

Tak Malu Ke Woi....

Tak malu ke woi.


Geram. Sakit hati bila naik tren dan nampakla makhluk bumi di Malaysia ni langsung tak de perasaan belas. Patutlah gejala seks bebas – hamil luar nikah – buang anak, rompak – rogol – bunuh, semakin tinggi sekarang ni. Aku cakap camtuh sebab memang dah kenyataan. ada ke patut kakak-kakak, abang-abang yang aku confirm sihat tubuh badan, tidak mengandung, tak pucat muka dan tidak cacat sewenangnya duduk dan berpura-pura tidur padahal ada budak-budak kecik dalam lingkungan bawah 5 tahun berdiri masa dalam putra. Tak malu ke woi. Kalau dipikir logik kan mesti korang yang dewasa ni lagi kuat dari budak-budak kecik tu. Bagi la budak-budak tu duduk. Dahla keadaan dalam putra tidak la begitu bagus. Aku memang marah betul if jumpa orang macam ni. Ikut hati yang panas ni memang aku nak sound dah, tapi kang gaduh pulak.


(auntie dgn baby duk tempat aku, tapi yg sbelah tu hati keras xbagi budak kecik duduk)


(dah lama berdiri baru ada yang nak kasik duudk, nasib la dik)

Macam pagi tadi, sebelah aku ada Chinese lady yang tempang. So dia berdiri dari stesen wangsamaju sampai la KLCC/kampung baru aku tak ingat. Itu pun pompuan sengal tu turun, if tak confirm tak dapat duduk lagi. aku punya la kesian, dah la berdiri pon tak stabil. Orang depan aku ni tak paham-paham aku dah buat muka masam kedut-kedut. Langsung tak paham la.

Dah banyak kali tengok orang yang tak bertimbang rasa ni, korang ingat la. Harini hari korang. Esok lusa mak, ayah, adik, abang, kakak, makcik, pakcik, sepupu, datuk, nenek, cucu, anak saudara korang yang akan kena. Aku sangat marah.

emo 1

Dah seminggu aku duk peram entry ni. Semangat berkobar-kobar nak update last-last end up dengan click save button je. Badan aku penat. Stamina tak cukup kuat. Pastu tiap-tiap hari ada je aktiviti aku buat. Then tidur pon lewat. Cuaca pulak sekarang asyik hujan je. Memang masyuk kalau tidur. Nak tidur kat office? Jangan harap. Macam biasa enam tajam dah ready nak out from office. Normally dah tak hujan sangat, if hujan pon still aku redah jugak sebab memang dah niat nak balik enam tajam jugak. Rutin yang agak membosankan kena turun naik tren. Padahal aku guna putra je. Itu pon dah dikira membosankan hidup. Arini aku menderita sket leher terkehel, salah position masa tidur malam tadi. So aku dah macam separa robot control pergerakkan ni ha.


Pernah seorang uncle berkata “jangan terlalu emosi dalam setiap perkara, menghambur segala rasa bila ada yang tak kena, kelak diri sendiri yang merana”.

Buat aku terfikir dan berfikir terus menerus. Macam tahu-tahu pulak yang aku memang tengah ada work crisis ni. Aku tak suka tapi aku teruskan. Terpaksa teruskan. Dan keberkatan tu jadi kurang la. Hari-hari belajar motivate diri yang aku akan mengubah nasibku.

“selalu bersangka baik pada semua orang, dan percaya apa yang kita nampak dengan mata kasar tak semestinya adalah benar”.

Terima keadaan seadanya. Saya pasti akan membesar dengan sempurna.