Nuffnang BH

Nov 24, 2010

TomBoi..

Dulu aku ada kawan. Kawan aku ni pompuan. Tapi dia ganas. Dia tomboy. Dia banyak kawan lelaki. Dia kawan lelaki sebab dia rasa dia lelaki (kot). Dia tak suka perempuan lemah lembut tapi dia suka kawan perempuan gedik. Sebab kebanyakkan kawan2 dia yang gedik tu cantik2 (bolehla). So rasa macam gelemer la kawan pompuan gedik yang cantik (bolehla). Kawan aku yang ganas ni merokok. Dia rasa lebih ‘lelaki’ bila merokok. Nampak macho. Sedut rokok dan hembus asap buat bentuk bulat2. Suatu hari masa melepak bersama, dia ajak aku try merokok. untuk permulaan dia suh aku hisap shisha. Sedap dia kata. Aku geleng kepala. Letak jari telunjuk di bibir dan kemudian goyangkan kekiri dan kekanan di udara. Dapat bayangkan? Tak? Baik lupakan. Aku jadi kawan baik dia 3 bulan je. Tu pun sebab sebilik. Kami ada minat yang sama. Seni mempertahankan diri. Kami berlatih bersama, makan bersama, dan tidur bersama. Katil kami bersebelahan. Bila bosan aku akan pinjam hanpon dia main game sampai aku bosan semula. Tapi tu semua dulu. Kini kami dah jauh. Sejauhnya. Orang di sekeliling tak suka kami berkawan. Mungkin perempuan2 gedik itu jelous. Selepas 4 tahun berlalu aku dapat tahu dia dah berkahwin. Ada seorang anak. What the.. anak dia perempuan. Nama Shasha. Aku kata dalam hati. Hebat jugak lelaki tu tundukkan kawan aku yang tomboi  tu. Se’lelaki’2 kawan aku Berjaya jugak di perempuankan jugak. Akhirnya. Manusia boleh berubah. Menjadi yang baik atau jahat atau lebih baik atau lebih jahat. Percaturan hidup sangat hebat. Nasib akan berubah bagi mereka yang mahukannya. Aku rasa kawan aku mahukan perubahan. Jadi dia berubah. Tak kira apa orang di sekeliling kata. Apa juga dugaan dan cabaran. Dan bila teringat dia, baru aku sedar dia dah berubah dari perempuan menjadi wanita. Omg.

Nov 23, 2010

Blackie di cabul

Tadi baru je BW then baca entry kat situ hampir/lebih dari 5 kali blogger tu tulis dem untuk entry yang pendek. Dan aku turut terpengaruh nak guna dem dalam entry kali ni. Hari ni masih lagi terperanjat dek kejadian semalam. Sangat marah dan tak tersangka dengan apa yang berlaku. Dah kena batang hidung sendiri baru la paham macam mana kekecewaannya. Macamana aku nak terangkan, nak tenangkan. Blackie dirogol. Ya dirogol oleh perompak yang tak berhati perut. Kurang hajar punya perompak, aku memang la tak berani nak pukul kau balik atau rogol kau semula tapi aku akan pastikan kau dapat balasan setimpal. Biar kau rasa.


Ceritanya bermula begini; dalam pukul 6petang setelah pulang dari kerja, aku suruh MrZ pick up aku kat LRT and menuju ke sebuah pasaraya yang besar. Niat aku nak tunaikan solat asar sebab tak dapat nak solat kat office then teruskan niat nak bayar bil api dan air. Walaupun internet di hujung jari, pembayaran secara manual lebih praktikal bagi aku. mungkin sebab tak nampak cashier tu koyak bil and pas kat aku resit selepas bayar jumlah duit so aku lebih senang berurusan di kaunter walaupun menunggu lama(tipu..aku xsuka tunggu..lama sangat aku blah bayar hari lain). Setelah selesai urusan solat, makan dan bayar bil jam dan tunjuk kul 7.30malam. aku cadang nak solat kat rumah sebab badan dah busuk. Semuanya harus ditukar. So dengan riang hatiku perut dah kenyang melangkah balik ke parking area. Kami parking di kawasan tengah2 yang ada sign ‘K4’. Kawasan yang agak berbau tapi masih ok. Buat pengetahuan semua bukanlah sekali dua datang ke pasaraya yang besar tu, dah banyak kali dan macam dah percaya sepenuh hati. Percaya harga yang murah dan berpatutan, percaya barang-barang segar dari ladang, dan percaya dengan management termasuklah layanan staf2 serta faktor keselamatan.



Apa yang berlaku; jalan cepat2, dah nampak blackie then OMG. Pintu sebelah driver telah di umpil kuncinya(tak tipu aku xtaw umpil tu apa aku tibai je). Dan button dah unlock dan bawah tempat seat driver yang besenya MrZ letak kasut tu dah berselerak dan mata terus meliar check apa yang hilang. Dem. Blackie dirogol. Blur sekejap. Air Muka MrZ berubah, aku bila dah gelabah mula banyak bercakap. Mata melilau cari security guard dan setelah 10 minit macam orang hilang arah baru dapat panggil security guard yang menunggang basikal (tak nampak gagah). Hasil perbincangan amat menyakitkan hati, guard buat muka bodoh dan seakan menganjing marahkan kami tinggalkan barang berharga dalam kereta. ( hello im not stupid ok, dah bawak semua yang penting, perompak yang bodoh nak gak rogol blackie) rasanya macam cakap dengan tiang so tak puas hati naik atas cari security room (tujuan asal adalah murni, jangan biarkan perompak bermaharajalela dan mengharapkan pihak security dapat buat sesuatu untuk mencegah kejadian buruk tidak berulang kepada pelanggan yang lain. Jumpa guard yang bertugas (pon macam tiang), buat aduan dan tulis report. Bukan lega, tapi bertambah sakit hati bila guard yang ni pon sama je. Dia cakap, “pihak kita tak kan bayar ganti rugi sebab kita dah tampal amaran yang segala risiko ditanggung oleh pelanggan bila parking kereta. Jadi pihak encik tak akan bayar apa2 la ye, kerosakan pintu kereta saya encik? (tanya kami dengan ikhlas) dan guard menjawab ‘bukan awak sorang je kena macam ni, kita tak akan bayar. “ shit. Dem. Tanya lagi apa nak buat lepas ni? “ ok awak dah report kat sini awak boleh report kat balai polis...ayat mati disitu..




(dlm security room)




Selepas itu; Ternganga dengan apa yang berlaku. Macam ni perangai security guard di pasaraya besar layan pelanggan setia macam kami? Bukanlah suruh ganti pon, budi bahasa mungkin dapat merubat hati kami yang sedih bila tengok blackie dirogol. Aku harap orang lain tak terkena macam kami. Berhati-hati tak kira dimana anda berada, jangan bawak beg yang boleh menimbulkan keghairahan perompak untuk merompak padahal beg tu kosong je. Banyakkan baca zikir sebagai pendinding. Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta walau sebiasa mana anda dengan persekitaran. Cepat2 baiki lock/alarm kereta anda jika rosak dan terpaksa dikunci manual. Selepas kejadian, withdraw duit dan menuju ke workshop suh leng chai pasang alarm yang baru. Kesilapan berlaku bila kami lengahkan nak baiki alarm sebelum kejadian so perompak ambil kesempatan.





 
nota kaki*blackie sejenis kenari yang sensitif dan mudah terasa.

Nov 22, 2010

aku dan kerjaya

Dulu aku pernah janji pada diri sendiri yang aku akan belajar sungguh-sungguh dan dapat kerja yang bagus dan yang aku suka. Aku tak akan buat sesuatu yang aku tak suka. Dan bila aku dah dewasa baru aku sedar yang janji yang aku buat dulu-dulu memang aku tak boleh ditunaikan. Sebabnya: aku terpaksa sambar apa saja peluang yang ada depan mata. Ingat senang ke nak cari kerja yang tak perlu pecah otak, gaji lumayan, dan disukai ramai.  Dan akibatnya aku ter ‘kerja’ kat sini. Aku tak paham sampai hari ni apa sebenarnya kerja aku kat sini. Apa aku buat walaupun dah berpuluh kali orang-orang atasan aku terangkan; JD aku. nampak tak semua bahawa aku sangat tidak menyukai pekerjaan sekarang. Aku rasa kosong. Aku harus bersabar kerana aku terpaksa, walau aku tidak sukakannya. Agak emosi entry mengenai pekerjaan ini. Fiuhhh bukan aku tak cuba nak suka kan diri dan ikhlas terima semuanya. Tapi hari-hari aku motivate dan fikir fositif hasilnya tetap sama. Aku dah tak larat. Yea memang la macam seronok tiap-tiap bulan dapat gaji tapi kerja tak seberapa. Tah hapa-hapa. Keberkatan tak ada. Makan gaji buta. Aku marah. Dan tadi semangat semacam menggila, meminta pendapat guru besar. Langkah bijak adalah menulis surat pemindahan aku ke department baru atau JD yang baru. Gerun jugak. Kesan dan akibat yang tak terjangka. Alamak takut. Semangat yang tadi sebesar bapak gajah sekarang dah bertukar jadi seekor semut. Dan tunggulah hasilnya. Dengan bantuan pak Google aku search sample letter of transfer, copy paste, edit apa yang patut dan click butang send to guru besar. Harus ditapis oleh guru besar sebelum dihantar ke bos guru besar yang tak macam bos sangat tu.hahahh.saja gurau bos. Menanti guru besar reply. Dan terperasan tadi, dari sample yang dibaca employee yang memohon/menghantar surat terbabit adalah employee yang dah bekerja lebih dari 1 tahun. Aku? baru je 6 bulan dah mintak transfer?hahhahaha hanya aku yang paham kenapa begitu. Ye aku sedar tindakan aku akan mengakibatkan orang lain buka mata. Mungkin seangkatan akan menelan air liur, dan semestinya ada yang akan cari pasal. Tapi tak apa, Allah menolong umatNya yang berusaha. Aku sedang merubah nasibku. Moga dipermudahkan. Amin.

Nov 16, 2010

Berkorban atau terkorban.

Salam Aidil Adha


Sempena raya korban yang jatuh esoknya aku secara automatic menaip entry berkisar tentang korban, pengorbanan, dikorbankan mahupun mengorbankan.

Dan Pada suatu pagi tak lama dahulu, aku sempat mendengar ceramah motivasi dari seorang encik lelaki, topic yang dibincangkan adalah berkorban atau terkoban. Berkorban adalah orang sudah/sentiasa/ dan bersedia untuk melakukan sesuatu perkara. Maksudnya dengan ikhlas hati melakukan sebarang perbuatan. Tahu kesan dan akibat namun masih tegar bersetuju untuk meneruskan perbuatan tersebut.

Manakala terkorban adalah orang yang tidak bersedia dari segi mental, rohani serta jasmani serta sedia mengetahui akan buruk baik kesan akibat tindakan. Maksudnya yang terkorban adalah yang TERPAKSA.

Pendek kata beza orang yang berkorban dan terkorban adalah BERKORBAN MAKSUDNYA BERSEDIA MENGHADAPI APA JUA KESAN DAN AKIBAT DENGAN RELA HATI. Orang yang bekorban juga sedia maklum kerugian, kepayahan, kesedihan, kesusahan, merangkumi kesan positif dan negative.

Sama juga kesnya manusia yang lahir waktu dahulu kala berkorban untuk kesenangan generasi sekarang. Dan aku bertanya diri sendiri, cukupkah pengorbanan selama ini atau aku sering terkorban? Terpaksa melakukan sesuatu kerana tiada pilihan.

Nov 11, 2010

Aku yang terpilih

Pernah tak berlaku dalam hidup korang yang kawan2 baik atau kawan tempat kerja bagitaw satu rahsia besar kat korang pastu dia cakap, ‘janji taw jangan bagitaw orang lain, kau je yang taw ni’. Dan keadaan yang macam tu banyak kali berlaku kepada aku. aishh kenapalah aku? rata2 kawan yang agak rapat menceritakan masalah a.k.a rahsia hidup kat aku. mungkin sebab aku ni seorang pendengar dan pemberi pendapat yang bagus atau pun aku memang suka menyibuk hal orang lain. Aku sendiri keliru. Bila seseorang memberitahu dan berkongsi rahsia suka duka, kita yang mendapat kepercayaan seharusnya amanah dan tidak membocorkan rahsia beliau. Baik saya paham. Dan atas kefahaman itulah; perlunya menyimpan rahsia orang dan saya merasa amat sengsara sekarang. Perasaan membuak-buak ingin bercerita tentang rahsia yang disimpan. Nak2 bila time lunch hour, mulut ni ringan je. Tapi setakat ini rahsia masih tersimpan rapi. Aku harap2 takde lah terkeluar atau terlepas keluar. Jangan sampai hilang pertimbangan sudahla. Bak kata pepatah jangan pecah di mulut biar pecah di perut. Eh kelakar. Ok diam.

Perasaan tu bukan dibuat2 tapi hadir tanpa rela.

Aku selalu menjadi tempat persinggahan sementara kawan2 aku menceritakan masalah diaorang, atau aku yang menyinggah dalam hidup diaorang; baik cerita cinta, kerjaya, kehidupan, keluarga dan macam2 lagi. Bolehlah diibaratkan macam R&R (rawat & rehat) – sebelum ni tak pernah ambil tahu makna R&R. Kebanyakkan masalah2 yang dikongsi macam pernah aku dengar atau aku alami. Macam aku tua sangat je. Cis. Jadi secara jujur aku berikan pandangan dari kaca mata aku(takde aku tipu aku tak pakai spek pon). Ada yang boleh terima, ada yang buat derk jer. Suka hati korang lah sebab hidup korang. Yang buat keputusan dan menerima kesan tindak balas adalah korang jugak. Bukan aku. ambil yang cerdik buang yang bodoh.

bongek..agak tidak sopan jadi yang sesuai ialah ngek

Ok semua. Tetiba aku mulakan entry dengan perkataan ok berharap hidup aku akan ok selepas ini. Aku sedikit gila sebab baru jer habis BW (berjalan2 tengok blog orang). Aku sangat addicted BW skang. Everyday memang aktiviti wajib even busy macam PM. Aku berharap aku dapat menulis dengan panjang lebar. Sebab bila aku menulis panjang lebar banyaklah luahan perasaan dapat dihamburkan. Seterusnya dapat buat aku lega. Dulu aku pernah ingatkan diri yang menulis adalah terapi terbaik aku dikala kesedihan, kemarahan, dan kekecewaan.



Banyak betul perkara yang bongok terjadi dalam hidup aku. Start aku dilahirkan, dibesarkan, dan membesar sendiri ni. Semasa aku masih bujang sehingga aku bertukar status kepada tidak bujang lagi. di akui aku memang sedikit bengong hari ni (bukan hari ni jer..Start hari aku bekerja kat sini lagi). Perkara bongok yang dapat dikongsi bersama adalah...arghh aku tak dapat berfikir. Mungkin dihari lain aku berkongsi dengan kalian perkara bongok yang telah berlaku. Otak tak dapat berfikir dan tumpuan terganggu bila hidung hidung asyik terbau bau2an dari cafe melekat kat tudung masa aku pergi lunch tadi. Siot jer. Bau masakan ni. Adeh sakit hati. Kan bagus ada febrezze.


Sebenarnya aku melalut je nih. Aku sangat bosan. Kadang2 kan bagus dapat tengok cerita kartun bila bosan buat kerja office. Berehat sekejap dan kemudian sambung semula kerja office, bukan tengok kartun. Ok idea hilang sebab telefon berbunyi. Suami aku call..lain kali sambung lagi.


Nov 10, 2010

cis..benci

Ok mari bercerita tentang tempat yang sedang aku duduki. Aku tidak berapa sukai tempat yang aku duduki sekarang. Penuh dengan orang yang bermuka-muka. Yang dah sedia ada muka menambah muka. Owh shit. This is what we call work place? Work place should be full or half full with ethic, professionalism, transparent, loyalty bla3. Oh my God. Is it i am at wrong place?

Many people say, it is normal, i mean their culture to have politician in the office. Well, i 100% reject the idea. Office will stay as an office, not a place for assemblyman. If you is the YB or what so ever, talk about sweet things and promise for many things then act like you are the boss or always “bodek” the boss; my answer is always i hate you man.

Why I am so emotional today? Don’t ask me. Readers can judge based on what I write now. How the environment in work place influence me to be a bad people. Ok in conclusion i hate politic in office, hypocrite, and seangkatan dengannya.



Nov 9, 2010

cacing-an

Setiap orang dikurniakan kelebihan dan kelemahan masing2. Aku juga ada kelebihan dah kelemahan semestinya. Dimana wujudnya kelemahan adalah disebabkan oleh ketidakpandaian aku mengawal emosi,diri dan juga perasaan apabila berdepan dengan benda yang disebut dugaan atau ujian.


Aku menulis dalam keadaan marah kerana ada yang melanggar pantang larang dalam kehidupan aku. baru sebentar tadi dua orang kawan aku telah mendapat cacian secara pakej kerana melanggar pantang. Pantang pertama ialah menuduh tanpa bukti. Pendek kata, membuat kesimpulan bagi pihak aku dan menganggap apa yang disimpulnya adalah benar. Memang mencabar kebetinaan aku la kan? Dah la tidak bertanya. Menuduh itu bunga kepada fitnah. Malu bertanya sesat jalan kawan. Oleh sebab kau orang tak bertanya so dapatlah cacian pakej dari aku khas untuk korang.

Masih aku ingat suatu ketika dahulu, MrZ pernah mendapat cacian dari mulut aku yang tidak ada takaful ni. Bukan besar pun kesalahan yang beliau lakukan. Oleh kerana aku di didik dan di asuh oleh diri sendiri agar menepati masa maka sesiapa yang berjanji dengan aku haruslah sampai pada waktunya. Jika lambat hatta 5 minit cacian adalah habuan nya. Lihat..adakah anda dapat lihat kelemahan aku disitu?? Ya kurangnya sabar. Aku bukan manusia yang berhati binatang, jadi aku maafkan andai diberitahu akan kelewatan sebelum kejadian. Ingat memberi alasan selepas datang lambat adalah perkara sia2. Kerana bila cacian telah dihamburkan ia tidak boleh ditarik balik. Dan automatic telinga menjadi pekak untuk mendengar alasan.

Dan aku masih lagi sebal selepas menghambur makian. Sesungguhnya memaki makhluk ciptaan Allah tidak memberi apa2 faedah langsung tapi sekurangnya aku puas. Padan muka kau.

SeLamat ULang TAhun..

Selamat ulang tahun


Eh betul ke wish macam tu, macam lagu imran ajmain kan3. Well saya tahu saya telah terlambat mengupdate entry berkaitan ulang tahun, hari kelahiran kawan, teman rapat saya cik NADIAH AINI YUSOF yang ke 25 pada tangal 23 october yang lalu. Dengan ucapan semoga Berjaya merubah diri sendiri..

ini la besday gurl...mangsa d tempat kejadian
Oleh sebab tiada masa nak mencari hadiah, (sungguh pemalas nak cari hadiah tapi amat gembira menerima hadiah.ihihihihi) jadi mengajak cik nad a.k.a birthday gurl makan-makan di Secret Recipe KLCC di petang yang hening.

bukan kedekut atau tdk mampu..bersederhana lebih baik dari membazir..

sedap..

tom yam yg memang aku xreti nak sebut nama dia..recomended by SR but not me

hope dapat makan2 lagi di masa hadapan.

Nov 1, 2010

Entry Di Hari Isnin

Sewaktu berada di dalam tandas aku memang banyak berfikir. Entah aku seorang je yang macam ni atau ada beribu lagi umat lain yang senasib denganku. Berfikir dan terus berfikir sampai la kaki melangkah keluar dari rumah syaitan yang direjam tu. Otak akan secara automatic berhenti berfikir tentang apa yang difikirkan sebentar tadi semasa didalam tandas. Focus kearah tempat yang ingin dituju.


Aku terfikir kenapa harus memulakan setiap minggu dengan hari isnin? Menghabiskan 5 hari bekerja kemudian baru bercuti sabtu dan ahad. Alangkah penatnya berhempas pulas sebelum mendapat 2 hari berehat yang selama ini aku rasakan tak pernah cukupnya. Cadangan aku bagaimana kalau ditukar hari isnin dengan hari Jumaat. Ya. Memulakan hari bekerja dengan jumaat kemudian sabtu dan ahad masih lagi cuti hujung minggu dan isnin merupakan hari kedua bekerja. Mungkin persepsi isnin hari yang membosankan dapat dikikis. Mesti tiada orang akan kata “Monday Blues” atau seangkatan dengannya. Kemungkinan tetap ada. Kesan dan akibat seperti ramai pekerja bercuti pada jumaat memang ada tapi rasanya tak la seteruk yang disangka. mungkin kerana tidak biasa dengan perubahan ramai yang menolak, tapi sekurang-kurangnya perubahan dapat merubah sesuatu.

Dan aku masih berangan kalaulah hari ni hari jumaat..