Nuffnang BH

Aug 25, 2010

Akukah yg bersalah

Hari ini Allah tunjukkan sesuatu yang berharga buat aku. untuk kehidupan aku. di masa lalu dan juga masa hadapan. Aku tidak merungut kenapa Allah memilih aku untuk semua ini. Mungkin ini adalah balasan, jadi aku redha. Hampir luruh jantung aku mengetahui perkara yang sebenarnya. Aku berharap itu semua salah, semua nya bohong, tapi jarang sekali anggapan aku tersasar dari kebenaran. Aku tergamam. Aku bingung untuk langkah seterusnya. Ujian seberat ini jadi aku kuatkan hati. Allah memilih aku.


Kebenaran itu terlalu pahit untuk aku telan. Aku hanyalah pengganti. Mungkin menerima aku semata-mata untuk melarikan diri dari kesalahan orang lain. Salah aku muncul dan memaksa menerima aku dalam hidupnya. Mungkin kalau aku tidak memaksa dia akan mendapat apa yang mereka inginkan. Akulah batu penghalang. Dan paling penting rasa cinta itu bukanlah sepenuh keikhlasan datang dari hatinya. Mungkin itu adalah terpaksa. Dan rasanya amat menyakitkan.

Rasa malu menyelubungi hati. Rasa bertepuk sebelah tangan dan rasa mahu hilangkan perasaan ini secepat mungkin. Pergilah jauh jangan cuba singgah di hati. Aku telah melangkah jauh, jadi aku harus teruskan. Sangat mustahil untuk berpatah balik sekarang. Cuma aku berdoa jangan ada sekelumit perasaan sesal terbit di hati. Aku pohon ya Allah.

Hinakah aku di pandangan mata mereka. Di saat aku merasakan aku percaya sepenuhnya dan bahagia dengan diri sendiri dia langsung tidak membela aku, tatkala kenangan semalam seolah memandang keji kehadiran aku. Kenapa tidak dia yang membela aku. sebaliknya dia seperti mengiyakan. Tidak menentang habis-habisan kerana berdepan dengan kesayangan. Walaupun hanya kenangan.

Bagai petir yang bertempikkan di langit bila aku mengetahui yang dia mengharapkan sesuatu yang lebih, lebih dari yang seadanya. Andai dapat diputar waktu dan aku tahu kebenaran ketika itu tidak akan aku melangkah sejauh ini. Seberani ini memperjudikan perasaan dan hati. Dan kenangan itu cukup berani membandingkan aku dengan dirinya malah mengatakan aku jauh lebih hina dari dia. Salah aku merampas kesayangannya. Maaf. Kalau perampas yang kau gelar aku, aku redha, aku tersilap langkah kerana aku fikir dia bukan milik sesiapa.

Harus bagaimana aku membetulkan keadaan. Aku membina bahagia atas kesengsaraan orang lain. Kenangan itu. Patutkah aku turut derita.

Aug 17, 2010

BerPuasa

Owh dari pagi lagi hati terlonjak2 gembira nak menaip sesuatu di blog. Sempena ramadhan kali ini syukur masih lagi diberikan peluang untuk beribadah. Sgt seronok walaupun banyak perkara berubah (berubah ke..mcm sm shj). Sebelum masuk bulan ramadhan lepas saya telah berbuat jahat. Ye sgt jahat jadi saya tanam niat dlm hati saya nak jadi budak baik. Jauhi laranganNya.


Puasa kali ni so much different if i compared dgn last year. This year tekak tak terasa nak makan macam2. Tidak berapa sukakan nasi (setelah pulang dari Beirut) selera bertukar wajah la. Bukan berdiet tapi mungkin kerana dah lama makan nasi, bayangkan hampir 25 tahun hidup tak pernah miss makan nasi. Wahh lama tuh. til now realised yg sy sudah makan bnyk nasi.

Hari ini hari ketujuh umat Islam berpuasa. Saya masih belum merasa erti puasa sebenarnya.
Hati lebih tenang berada di tempat baru. Jauh dari bisikan-bisikan syaitan dan syukur merasa lebih selamat.

Saya harap saya diberikan peluang berbuka bersama tunang tersayang tahun ni. Kali pertama menyambut ramadhan sebagai tunangan orang. Rasa sedikit berbeza dan pastinya bahagia. InsyaAllah. Rindukan emak dan abah. Rindukan abang. Rindukan suasana keluarga yang besar berbuka puasa bersama.

(tetiba rindukan MrHamburger Beirut)

Aug 5, 2010

dan


aku pasti semua pernah merasai kegagalan. kekecewaan. aku manusia biasa lebih spesifik lagi wanita biasa yang penuh dengan emosi. ya aku sering kalah dengan perasaan sampai satu ketika perasaan kecewa merubah aku menjadi manusia yang lain.alangkah senang kalau apa yang dikatakan orang mudah untuk aku terima. ya telinga mendengar tapi hati, otak menolak sementahnya. kerana apa?kerana kamu-kamu disekeliling tidak merasa apa yang dilalui aku sekarang. beremosi melemahkan aku. 
aku betul2 berada di tengah2 kehidupan. menetukan arah tuju kehidupan bukan sesenang yang digambarkan sesetengah orang. kehidupan itu betul2 rumit dan kompleks. harini aku kecewa, esok mungkin juga kecewa, lusa masih ada kemungkinan untuk kecewa. selalunya buntu memberi nasihat kepada diri untuk bangkit dari kecewa. 
puas memfositifkan diri, namun hasil tetap sama. aku semakin lelah dengan dugaan yang tak surut2 dalam kehidupan. bukanlah tidak bersyukur, tapi aku betul2 letih. letih dengan segala macam perasaan. aku putus asa. bosan dengan namanya kehidupan. 
kalau dulu aku tidak begini. mungkin kerana usia semakin menginjak. semangat semakin pudar. jadi apa patut aku buat? cari semangat unutk kembali pulih?aku penat. semuanya tidak berhasil. jadi aku putuskan untuk berdiam diri. tunggu suatu masa kehidupan berikan aku sesuatu mungkin tika itu aku boleh bangkit semula.






Aug 3, 2010

Hadiah utk Saya



Saya sayang mak saya

Saya sayang abah saya

Saya sayang manja dan yoyen

Dan paling penting saya sayang En.Zamri!! Mmmuahhh!!!

Aug 1, 2010

Sebab semuanya Kerana awak.

(entry ni dah lama ditulis..suatu perasaan ketika dulu...internet penghalangnya..jd aku post kan sekarang)

Ok entry ni khas untuk awak. Ye awakla. Kenapa saya post entry berbau emosi, jiwang dan perasaan tidak puas hati nih? Sebab semuanya Kerana awak.


Kepada: Awak

Menaip lagi. saya harap saya akan tenang dan tenteram selepas meluahkan persaan yang terbuku di hati. Sejak berjauhan saya tak pernah tenang. Saya sering merana. Ok saya mengaku saya terlalu ikutkan hati dan layan perasaan macam minah jiwang tapi itu adalah kenyataan. Bila saya sorang-sorang mesti perasaan itu datang lagi. mesti awak kata janganla duk sorang-sorang kan? Awak silap sekali lagi, takkan saya nak masuk tandas berjemaah. Ajak rakan-rakan teman supaya saya tak keseorangan. Agak mengarut.

Saya nak awak tahu yang saya tak pernah lupakan awak. Setiap kali nak tidur saya mesti khatamkan tengok gambar-gambar awak kat hp, dan akibatnya saya mesti mimpikan awak. Bukan setakat bila nak tidur, bila penat, bila lapar, bila sedih, bila gembira, bila makan dan bila-bila masa sahaja mesti teringat. Gilakah saya? Kalau emak tahu saya meroyan begini mesti dia mengucap panjang.

Patutkah saya salahkan awak bila saya teringatkan awak? Terlalu rindukan awak? Dan terlalu ingin berada dekat dengan awak? Ye di akui ayat tadi agak jiwang jadi tolong jangan gelakkan saya. Mengakui saya rindukan dan perlukan awak bukanlah satu kelemahan. Jadi saya rasa wajar untuk mengaku.

Disuatu sudut saya selalu percaya, awak ubat yang boleh buat saya sihat untuk semua penyakit, awak penawar segala kedukaan dan awak orang yang tepat bila saya dalam kesusahan.

Saya berharap perasaan ini tidak akan berpanjangan. Merasa sakit untuk meneruskan. Berseorangan. Saya tidak akan menyesal kerana pernah merasai ini semua dan takkan pernah menyesal memilih awak. Saya sayang awak en Zamri.



Daripada: Saya

Aku Sangat Letih

Aku sangat letih.


1. Aku sangat letih bila aku kena ingatkan orang untuk ingatkan aku.

2. Aku sangat letih bila aku kena ingatkan orang untuk rindu kan aku.

3. Aku selalu letih bila ingatkan orang supaya buat sesuatu untuk aku.

4. Aku sangat letih bila aku menangis kerana terlalu rindu.

5. Aku sangat letih bila aku bertepuk sebelah tangan.

6. Aku sangat letih bila perasaan ini datang selalu.

7. Aku sangat letih bila aku bergantung pada seseorang untuk terus gembira.

8. Aku sangat letih bila aku berusaha tapi semuanya tidak menjadi.

9. Aku sangat letih bila aku tak dapat apa yang aku inginkan.

10. Aku sangat letih bila selalu bersedih.

11. Aku sangat letih bila aku kerap menangis.

12. Aku selalu letih bila aku terasa aku bodoh.

13. Aku selalu letih bila banyak berfikir.

14. Aku selalu letih bila aku banyak berlari.

15. Aku selalu letih bila aku gagal.

16. Aku selalu letih bila aku kalah.

17. Aku selalu letih bila aku tak dipedulikan.

18. Aku selalu letih bila kerap bergaduh.

19. Dan aku selalu letih bila aku fikir aku selalu letih.

Tak sihatkkah aku?