Nuffnang BH

Jan 30, 2010

tuntutan dan etika ketika berdoa

Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.


Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

•Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.

•Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

•Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.

•Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.

•Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

•Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

•Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.

•Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.

•Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:

i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

ii. Ketika Lailatulqadar.

iii. Hari Arafah.

iv. Di bulan Ramadhan.
v. Hari dan malam Jummat.

vi. Di antara azan dan iqamah.

vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.

viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.

xi. Ketika mendengar kokokan ayam.

x. Ketika waktu hujan.

xi. Ketika meminum air Zam-Zam.

xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.

xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.



Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu

Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang".



Jan 27, 2010

dan sebenarnya


tajuk entri kali nih x berkaitan dgn lagu yuna tu pon..aku sngajer letak sbb terlintas kat otak..owh ketika aku menaip nih aku terbau masakan dr rumah sape tah..aku bercuti harini kerana mnyetelkan hal dlm kehidupan aku..puas..lega..dan bersyukur walaupun hasilnya xseperti yg aku harapkan..

aku mau ttp record itu jauh2 dan bl tiba ms aku akan berfikir tentang itu lagi.. aku tamau paksa diriku..kesiannya kamu ini..



perut semakin pedih..otak ligat berpusing..tp sekarang putaran nya da kurang sket..sbb energy tiada la. dgn environment baru di tempat kerja mmg buat aku btl2 rs separuh gila..ya Allah kuatkan diri aku. jauhkan perasaan bosan dgn pekerjaan yg aku lakukan sekarang..

 
aku taw ini asam garam kehidupan..aku tidak memaksa diriku lagi..aku mahu belajar bersabar..betul2 belajar bersabar..bertenang agar dapat capai kedamaian.. aku sentiasa gagal jurusan persabaran. if ada kat universiti dl mst aku slalu repeat paper sabar aku rs. ermm..


aku mahu bahagia..aku tidak suka terpaksa..otak bercelaru..mr popo jer yg temankan aku..mahu peluk dia puas2..sorry yer sian mr popo terpaksa ada utk aku..huuhuhuhuhu wajib ada.


mahu pandang kedepan, mahu baiki kehidupan, mahu buat yg terbaik...arghh baru aku tahu sshnya menjadi org yg normal...aku mahu menangis tapi aku tahan..aku xblh terus kecewa..aku mahu berjaya..aku benar2 inginkannya..



takut..semuanya ada.




























Jan 18, 2010

saya mahu menjerit

saya merasa sgt kecewa, hyper tension dan asyik berduka lara..saya kurang minat utk makan, tidak lagi gembira, dan masih menunggu. rasa mau pecah kepala memikirkan masa depan.. arghh cepatlah dapat kerja.. sy berharap sy cepat mendaat kerja yg sy ingini (senang nak pergi, kerja d tmpt bgs, tidak mnyusahkan sy).


sy rs ingin mnangis tapi sy asyik tahan sj. sy tamau menangis sbb tdk ada apa2 yg brubah jika sy mnangis... sy tahu ini mst balasan tuhan sbb sy asyik ingkar akan suruhanNya dan laranganNya.. jadi sy cuba mem fositifkan diri sefositif mungkin. sy tidak kuat.. sy cepat tergoda dan sy rs tidak berguna. saya amat takut sekarang.


apa patut sy buat..sy buntu...

Jan 14, 2010

saya sgt stress

saya sgt stress di saat ini..sy rs mau menjerit.mau bgtaw semua org sy sgt tertekan dgn keadaan sekeliling. tp mst org kate sy gila. sy x gila sy cuma tertekan..


BUNTU


hati sy berharap pd sesuatu yg telah sy usahakan dr dl lagi. smalam sy da menempuhnya, dan sekarang sy mnunggu hasilnya. menunggu itu satu penyeksaan. sy tidak suka perasaan ini. syoh2 pergi jauh la.  


KESAKITAN


sy taw ramai lg kwn2 berperasaan mcm sy. tp sy rs diaorg lagi kuat dr sy. aduss mcmana nak kuat nih. esok satu lagi ujian perlu ditempuhi dan seperti biasa sy akan dipaksa mnunggu lagi.



KEAJAIBAN



kepada mereka yg terlibat bolehkah permudahkan segala urusan. sy berdoa dan meminta pada Allah tolonglah sy ni. sy amat daif dan hina tika ini. sy merayu jgn di uji sebegini, sy tidak kuat..jika bukan rezeki sy disana, bgtaw la..jgn biar sy mnunggu.



KEPENATAN



kalau ada cara utk sy pulihkan diri sy mesti cuba walau apa cara itu. sy mau cepat sembuh. sy mau makan ubat (walaupun hakikatnya sy sgt benci ubat) sy sanggup..








Jan 12, 2010

Selamat datang Tahun Baru...



even da masuk tanggal 12jan10..aku rs still xlambat nak wish happy new year n berkongsi cerita azam aku tahun 2010 nih..kalau dl time skolah mst cuak..msk jer tahun baru cekgu kat sekolah akan tanya.."apa azam awk tahun nih?" utk mngelakkan malu dihadapan rakan2 skelas aku da ready awal2 kat umah jawapan azam aku pd tahun berkenaan. walaupun kedengaran skema aku bantai ajer asalkan x digelakkan cukuplah. entah paham ke tidak kwn2 yg lain azam tu ape..hahahahaha

skang da besar aku mulai paham, kenapa per ada azam.

sepanjang tahun lepas aku banyak sakitkan hati mrZ, so tahun nih aku nak tebus smule..aku nak jg hati dia elok..insyaAllah. azam tahun nih supaya aku dpt ubah sesetengah perangai yg mnyusahkan hubungan kami berdua. cukuplah air mata aku dan dia terbuang utk tahun sudah..

utk kerjaya aku doakan supaya aku dpt kerja yg bgs..aku nak kumpul duit. hope dpt cecah rm5K sebelum pertengahan tahun nih. sshnya nak menabung..asal aku simpan jer mst ade hal yg xdpt dielakkan lantas aku akan gunakan saving aku tuh..haishh. so harap2 tertunai la azam menabung aku tuh.

azam seterusnya ialah agar aku dapat pegang lesen memandu aku tahun nih. aku nak past dan dapatkan lesen. mmg meresahkan selagi xsetel. hurmm..

utk family & kawan2, aku harap aku dapat baiki diri dan menjadi insan yg lebih berguna. membahagiakan hati smua org.

Jan 9, 2010

lelah

skang ni cepat betul air mata nih nak melimpah keluar..buang tebiat ke ape aku pon tak tahu..org ckp sket jer da nak nangis..leleh btl la. haishhhh

semua org kesian dgn ape yg terjadi kat aku..tolonglah aku rayu jgn kuarkan bait2 kasihan korang semua..aku tahu korang prihatin, ikhlas nak hulurkan bantuan..tp kata2 dan bantuan yg korang hulurkan buat aku jd lemah sgt.

aku menangis bl dgr korang baik sgt nak tolong aku..biarlah aku jd kuat..aku mahu cuba cara aku sendiri cari kehidupan aku.aku xsalahkan korang. aku taw korang risau.

tapi percayalah dgn apa yg aku lakukan. aku lakukan semuanya kerana ada sebab. aku bukan bodoh. aku da fikir masak2 bl aku buat sesuatu keputusan. percayalah pada aku.

jgn salahkan aku bl apa yang aku usahakan tidak menjadi. aku juga tak mintak tu semua jadi kat aku..tp aku da cuba. aku cuba yg terbaik..mungkin cuba saja tak mencukupi.

aku dah mngalah ker? bukan cuma aku lelah dengan semua nih.. terlalu penat..aku tak boleh berehat.

satu kisah

dari mana patot aku mula bercerita tentang dia aku pon tataw. aku serius minat giler kat dia. ms mula2 dl pon aku yg branikan diri msg dia tny kabar..begitu xmalu nya aku ms mngorat dia dl hihiiihih..sbb prinsip aku dlm nak mngorat adalah biar malu asal dpt pe yg aku nak...wow mcm xmalu betul hahhahaha. entah dr mana kekuatan yg dtg aku lenjan jer..

ermm tu cerita lama..status skang adalah in a relationship or can be clasified as complicated relationship..huishhh mmg pon..jika ada anugerah pelakon duet terbaik mst aku dgn dia menang. kui3 ampes sungguh la. bl depan org lain termasuk mak, bapak hatta anak sedara ktorg blh dpt title the best loving couple.perghhh gelak lg dalam hati.

Dingin......

aku cukup pantang dgn that word sehari dua nih, word tu la yg kuar dr mulut aku yg cabul nih....smp la ni la aku diperlekehkan dgn word tuh..

saat nih sebelum mnutup mata aku masih kabur2 dgn apa yg bakal berlaku kat ktorg..malas nak pikir biarlah masa yg menentukan. tiada harapan..mungkinkah.


aku siyes rindu sgt dgn semua yg telah berlaku dl. jika boleh undur masa (ayat bese bg org yg tidak bersyukur) aku nak bg ms tuh pegun jap. bl puas hati aku. pengajaran yg aku dpt kali ni???? adakah? bl aku rindu aku pejam mata aku akan pastikan rindu tu akan hilang. biarkan ia berlalu. aku harap aku dpt buat. mungkin ini yg terbaik. aku xberhrap.aku taw aku yg bnyk songeh, dtgkan masalah..ermmm




aku betul2 sukakan dia, tp knapa aku xblh bg dia kebahagiaan. kdg2 aku pelik dgn sikap sendiri..aku dah penat nak ingatkan diri sendiri..supaya berubah tapi aku kembali dgn sikap yg lama. dua insan yg berlainan cara pemikiran..aku kata yes dia kata no. aku kata jom makan, dia nak jalan2. ermm apala..

aku berdoa supaya semuanya kembali ok..dan jauh disudut hati aku xnak jadi org yg gagal...gagal jd kawan kpd dia, gagal jd kekasih yg memahami dia, gagal jadi pendengar yg setia dan macam2 lagi. pernah muncul persoalan, jika tiba2 dia dapat pengganti yg sesuai..mcmana? menyesal x aku? ermm aku berharap jika pengganti tu jauh lebih baik dari aku, aku amat alu2 kan..buatlah dia bahagia..supaya dia xkan pikir perempuan itu tidak berguna.

kalut



kenapa perlu ada rasa begini...kenapa perlu aku menyakitkan hati dia..sungguh aku tak sengaja..pengajaran apa lg yg dpt buat aku insaf..sesungguhnya dia buat yg terbaik utk aku..dia cuba walaupun aku tahu hakikat yg sebenarnya.

cinta tu mcm rumah dlm hati..cukuplah yg sederhana..xperlu terlalu besar dan tidak terlalu kecil.cukup utk melindungi isi rumah dan buat kita rs aman bahagia, selamat, serta dilindungi.

aku mahu dia jd pelindung aku..sanggupkah dia...

Jan 8, 2010

saat aku kelaparan..

aku menulis sementara mnunggu cik tun smpi umah..aku kelaparan..berada dalam situasi dimana perut yg kosong melonjak2 minta di isi mmg memedihkan usus dan juga hati. msh segar dlm otak aku dl bl aku starving tahap gaban aku boleh mnangis..padahal aku yg mls nak kuar makan..ishhh teruk btl.. pastu aku blh bertukar jd raksasa bl xdpt makan..marah2..punya la huduh perangai.


(dpt makan nih sgt bes)

well sabar tangga kekenyangan kan..aku bersabar.walaupun dlm hati ya Allah rs nak wat amukan puaka ahhahahahah. sebut pasal makanan aku bl makan suka sgt susun saki baki makanan dlm pinggan letak sbelah kiri besenya, kasik kemas n cantik (dpt bayangkan ker?). cuma satu jela habit aku yg xleh nak ubah smpi la ni kan aku jarang2 kasik habis nasik/makanan yg aku beli...ish3 jgn ikut tabiat ini..berdosa la...semua org yg kenai aku akan membebel la suh aku habiskan..tp sorrry  aku xsngaja la...xlarat..



(ms celebrate anniversary)

well aku da msg cik tun, dia smpi lambat so aku nak p makan dl la..aishhh awat la hang xinform awai2..mmg nak kena dgn aku..k da xtahan..laparrrrrrrrrrrrrrrr

teruklah..fiuhhh

perasaan ketika ini sgtlah teruk..rsnya setiap hari adalah teruk..payahnya nak positivekan diri..sgt geram...kan senang if diri boleh jadi sesenang butir perkataan yg kuar dr mulut..contohnya "bersbarlah dieya.." terus bertukar jd org yg bersabar (maksudnya btl2 sabar ;( )

ms depan sgt scarry la..memikirkan smpi bila aku mcm nih membuatkan otak aku ligat berpusing mcm gasing..warghhh sakitnya...i can't stop my self dr berfikir the same thing..work..work and work..ada org worry about keje yg bertimbun..aku plak wisau psl kerja yg xdpt2. aishhh teruknya.

ape patot aku buat....

aku penat..aku rs if slalu mcm ni aku blh kene barah otak la..aishhh.

Jan 7, 2010

kepada kau yg bernama ngok..

kepada kau yg bernama ngok:

  • cukup2 lah dgn kepoyoan kau selama ini. menyebabkan aku terasa sakit hati smpi nak pijak2 kau smpi lumat je wahai ngok.

  • bedebahnya kau sebab berjaya wat aku kasihan akan dikau kerana xramai suka kau..sbb kau slalu ckp terlebey tp at last ko slalu kecewakan org..mmg ptot org xsuka kau..padan muka

  • aku separa mnyesal kerana berbaik dgn kau selama nih.alangkah bgs aku baik dgn ngek drpd kau ngok yg xpandai menghargai aku.

  • aku harap persinggahan kau dlm hidup aku adalah bersifat sementara.

  • kau juga layak digelar parasit busuk yg xmngenang jasa.

  • teruskan dgn sikap kau sementara ada peluang, sbb aku tak akan bg pluang lg pd kau wahai ngok.

p/s: smp saat ini aku msh bengang dgn tingkah laku dia.andai dpt aku cekik kau mst aku da buat.


=) sekian dari aku yang bengang




kenapa..sbb bukan dari hati..

td singgah ke blog2 kwn terchenta..akibat bnyk bergaul dgn mereka bahasa,diri,perangai aku semakin terikut dgn cara depa la..aishhh.aku membaca setiap en3 dtgnya dari hati. pelbagai warna setiap en3 membuat aku tersedar yg mereka mengarang ikhlas dr hati..kerna aku seolah2 berada dlm setiap babak yg mereka cerita..perghh punya tggi imiginasi aku.

bangga dengan korang la weh..oleh kerana aku sukamngarut jd aku juga turut amk keputusan utk berblog. niat aku utk melampiaskan perasan tidak puas hati selain dpt menenangkan jiwa aku yg kacau bilau nih. bila aku sedih menulis kat blog dapat buat aku jd cool. better than aku meluahkan perasaan pada sesorg tapi depa xphm haram sepatah pun perasaan aku nih.

aku dgn semangat yg tggi menaip beberapa en3 hari sbb nak tggu aku rajin lagi amatlah payah n unpredictable..m.be aku akan terusan ber rajinan atau terus bermalasan.dr pagi smp skang aku duk mngadap laptop, try mencari idea dan juga peluang utk ms depan. smpi sggup xkluar mencari sesuap nasi utk hari ini. 

jap g nak bersiap n kuar beli tiket. Mr Z nak tgk wayang so aku mngambil kesempatan atas kelapangan aku nih membelikan tiket wayang  terlebih dahulu..ermmm t i da beli tiket hop mrZ xngomel psl seat ok..sbb slame aku dating tgk wayang dier jer yg pilih.uhuhuhu

aku yg terpilih..

kenapa aku? bukan org lain..kenapa bukan dia atau sesiapa saja...adakah aku dikira sebagai tidak bersyukur dgn kehidupan aku? mempersoalkan segala yg terjadi..astagfirullah..sesungguhnya aku manusia paling lemah diantara manusia di muka bumi ini.

tertunduk malu dgn persoalan yg kadang2 menjerat aku utk mencari jawapan. aku tahu penyebabnya tetapi aku berdiam diri seolah aku tidak tahu menahu kenapa dan mengapa ianya terjadi. seolah tali menjerut leher, begitulah perasaan aku ketika ini.

aku sentiasa mencari dan cuba menjadi yang terbaik agar kehidupan aku tidak menyakiti kehidupan org lain. aku puas berusaha tetapi tidak berjaya. mungkin usahaku tidak sebanyak mana, tetapi aku telah penat. penat dengan segalanya. jika ini permainan hidup, apakah namanya?apakah peraturan dan habuannya?


bahagia org kata di depan mata dan kita selalu gagal melihat kebahagiaan yg tidak smpai sedepa jaraknya. aku juga mencari bahagia. aku tidak mahu derita. mungkinkah derita itu yg ditakditkan utk aku..aku yg terpilih..

aku tidak percaya aku akan terus begini..kerna setiap saat detik waktu yg berlalu membawa perubahan dlm hidup aku. mampukah aku teruskan????


(gambar tiada kaitan dgn tajuk en3)

Jan 3, 2010

SaHabaT Lama..



en3 ni sngaje aku tulis khas utk meluahkan ketidakpuasan hati aku pd sahabat lama aku..mungkin jika dia terbaca en3 nih dia tahu apa perasaan aku selama ni. aku bukanlah seorang pendendam..jauh sekali utk berdendam dgn org yang aku sayang. kwn baik aku.

tapi aku ditinggalkan tanpa jawapan yang pasti. kenapa wujudnya jurang bila dia sendiri mengubah kehidupannya. kenapa? biarkan aku terkapai2 tatkala aku amat perlukan bantuan, nasihat dan pandangan. paling penting sokongan dia.

tiapkali aku cuba jauh dari dia..dia datang mencari aku..patutkah aku terus campak dia jauh dr kehidupan aku.

sekarang aku cukup alergik mencari sahabat..aku takut kecewa lagi..fobia rasa kehilangan masih berbekas di hati. aku cuba lupakan apa yg terjadi..tp sayang parut masih ada di hati.


aku doakan kau bahagia, ketemu apa yg kau cari. mungkinkah aku cemburu dgn kamu? tidak..aku mendoakan yg terbaik walaupun kau tiada di sisi.

--bercampur+++

  • salam..selepas mencuba hampir setengah tahun yg lalu aku kembali menulis entry kat blog yg aku hampir lupa kewujudannya. smpi aku terpaksa reset password..ermm terlalu bnyk kesakitan yg x dpt diluahkan dgn kata2. tulisan adalah jawapannya.
  • dengan keadaan diri yg separa bertahan dgn segala dugaan dlm hidup. bertimpa2 dtg. hati menjerit.... menangis.... meratap...smpi aku jd separa gila dgn semua yg berlaku. menahan diri dari terus menjadi teruk..padahal aku sememangnya sudah parah terluka..
  • hati semakin buntu dgn kehidupan masa depan yg xpasti..adakah aku terlalu gelojoh..lalu hilang pertimbangan dalam setiap keputusan yg di ambil. sebolehnya aku mahu jadi matang dlm setiap perkara..tapi setiap kali itulah selalu aku menjadi kalah..salah dlm keputusan yg aku buat.
  • mencari jawapan bukanlah suatu kesalahan..