Nuffnang BH

Oct 20, 2017

Mabuk Mengandung Anak Ketiga

Assalamualikum
#entrythrowback

13/July/2017 – kandungan ber umur 12 minggu 1 Hari

Mak tengah alami morning/noon/evening/night sickness. Setiap masa.
Macam ulang balik pertama kali mabuk pregnant anak pertama je nih.
Tak boleh makan lebih, minum lebih, minum air masak lagi la cepat keluar.

Selain muntah selalu sangat rasa cirit birit.
Rasa asyik nak tidur.
Cepatlah first trimester berlalu.
Mak tak kuat sangat.

So far makan gula-gula berangin tak berkesan sangat, minum air masam pon tak berkesan.
Paling berkesan so far kemam chocolate bulat dalam ada Almond jenama Beryl’s.
Makan tu tahan sekejap la rasa loya tu.

Hari tu pergi check pregnant di Private Clinick di Dataran Wangsa.
Doctor Sakinah, Klinik Anda.
Klinik khas wanita mengandung sebab ada semua service scan.
Semuanya friendly, staff and doctor. 
Nama doctor Sakinah. Sweet dah masih muda.

Dapat acid folic dan vitamin untuk 3minggu dan scan 2D dikenakan charge RM100.
Harga standard 2017 rasanya. Pernah kena lagi mahal dari ni.
Kalau pergi Klinik Goment free je woi.

Sekarang masih belum mendaftar. Belum datang mood. 

Oct 19, 2017

Short Trip | Awana Sky Way Genting Highlands

Assalamualaikum,

Sambungan short trip Petik Strawberry di Genting
Teruskan perjalanan selepas lunch dan solat Zuhur ke Genitng Highlands Premium Outlets (GPO)
Motif utama bukan nak shopping tapi nak cuba naik cable car. 

Sengaja park dalam GPO, dan parking tiket tak la mahal sangat. 
Senang dan selamat. 
Kebetulan masa pergi ni cuaca hujan on off. 
Jadi kat atas tu berkabus dan sejuk. 


Masuk je GPO kena menapak beberapa level untuk jumpa kaunter Tiket Awana Sky ni. 
Boleh ikut je signboard senang. 
Ada self service machine tapi panjang juga. 
Ramai nya makhluk nak naik ke atas tu. 
Kalau bawa baby and wheel chair agak tak selesa. 


dah macam kat airport

RM8/way

atas yang sejuk. 

Raudah tidur masa otw naik
Berbaloi pergi kalau niat memang nak naik cable car, nak rasa sejuk. 
Tunggu outdoor game dia siap baru berbaloi pergi rasanya. 
Indoor dia memang meriah macam dulu kala je. 

Morning Sickness | First Trimester

Assalamualaikum,

15 June 2017. #entrythrowback
Aku masih lagi belum buat official check up dengan doctor.

Setiap pagi selepas sahur morning sickness akan start sehingga jam 10 pagi. 
Waktu ni la menahan rasa nak muntah. Memang selalu kalah. 
nak hilangkan rasa muntah after muntah ialah minum air sejuk/ peti ais. 

End up aku terpaksa berbuka sebab aku tak tahan. 
Puasa hari ni genap lah hari ke 5 tak berpuasa. 
Semua disebabkan morning sickness dan aku aku out of energy menyusukan raudah.

Oct 17, 2017

Pakej Pantang | PantangPlus.com

Assalamualaikum,

Memandangkan owner blog tengah mengandung jadi entry yang di kongsi hari ni adalah khusus untuk ibu yang plan mahu berpantang sendiri selepas melahirkan anak nanti. Dengan misi tak mahu susahkan mak selepas bersalin, ibu mengandung kena jenguk-jenguk website ni.

Rasa nak berpantang sendiri tapi tak yakin nak handle seorang diri boleh lah pertimbangkan nak guna service yang mereka tawarkan. Ini free review ya. 


Sila tengok Pantang Plus

Oct 16, 2017

Kahwin Gadis Korea

Assalamualaikum,

Hari ni terbaca pasal rakyat Malaysia yang berkahwin dengan gadis Korea. Bagus sangat ni.  Tak kisah background dan warna kulit as long as they can accept each other plus family pun give them blessing memang boleh aje.

Dulu kan Selalu cerita melayu banyak tayang cerita family tentang habis-habisan kalau bangsa lain nak jadi menantu. Tu selalu keluar news kahwin lari la, mati bunuh diri la. Cinta punya pasal. Itu zaman dulu la, rasanya sekarang masyarakat lebih bertoleransi.

credit pic instagram Khalid & Lee Seul